DAFTAR DARJAH 1 2024 : CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TAHUN 1

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DAFTAR DARJAH 1 2024 : CARA PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TAHUN 1

Untuk makluman ibu bapa pendaftaran bagi kemasukan darjah 1 telah dibuka. Ibu bapa boleh mendaftar anak-anak menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2024. Sila pastikan ibu bapa membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan berlaku sebarang kelewatan atau terlupa untuk memohon kemasukan tahun 1 untuk anak-anak anda.

Objektif Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) dibangunkan adalah bagi memudahkan Ibu Bapa dan Penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual selain menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga dari berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.

Baca juga : CARA SEMAKAN KEMASUKAN DARJAH 1

SYARAT DAN TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2024

  • Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2024 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 secara online melalui laman web SPS KPM. Untuk pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.

CARA DAFTAR DARJAH 1

  1. Masuk ke portal : https://public.moe.gov.my/
  2. Pergi ke Daftar Masuk di bahagian kiri anda
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Password dan tekan Daftar Masuk
  4. Jika anda belum lagi mendaftar sebagai Pengguna Baharu bagi Sistem SPS sila rujuk panduan di bawah dan bila sudah siap daftar sila kembali ke step nombor 3
  5. Sila lihat di bawah dan lihat Senarai Perkhidmatan Dalam Talian KPM
  6. Pilih dan Tekan Tahun 1 Pendaftaran
  7. Tekan Permohonan Baharu : Tidak Pernah Berdaftar
  8. Di bahagian Pengesahan sila masukkan Nombor MyKid dan Nama Penuh anak anda
  9. Tekan Semak
  10. Sila isikan:
    1. Maklumat murid
    2. Maklumat kesihatan
    3. Maklumat penjaga
  11. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  12. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud
  13. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan
  14. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  15. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  16. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  17. Sila cetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk dihantar ke sekolah yang dipilih

CARA PENDAFTARAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK PENGGUNA BAHARU

  1. Lihat di sebelah kiri anda terdapat satu ruangan untuk anda daftar masuk.
  2. Klik pada butang Pengguna Baru untuk mendaftar akaun.
  3. Isi setiap medan wajib yang bertanda (*)
  4. Setelah selesai, tekan butang Daftar.
  5. Satu pop-up akan dikeluarkan.
  6. Kemudian, klik pergi ke halaman utama.
  7. Jika klik OK, klik tab UTAMA di sebelah kiri atas untuk pergi ke halaman utama.

Anda boleh rujuk panduan pengguna baharu pdf di sini : PDF PENGGUNA BAHARU SPS

Leave a Comment