DAFTAR TRADEMARK MYIPO MALAYSIA : CARA REGISTRATION ONLINE
Ramai peniaga dan pemilik jenama tidak mementingkan logo atau ‘trademark’ jenama mereka sendiri. Walhal, ia amat penting dalam melindungi hak pemilikan yang dimiliki oleh perniagaan mereka.
MyIPO amat penting kerana segala yang berkaitan dengan kesemua hak milik perniagaan kita boleh dilindungi di sini. Selain itu, anda juga boleh melakukan pembayaran trademark anda secara online. Disini kami akan kongsikan caranya dan juga kos terlibat serta borang yang digunapakai, ikuti artikel ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA : PSU PERKESO 5.0 2022 : (CARA PERMOHONAN/REGISTER/APPLY/PENDAFTARAN/KEMASKINI)
APAKAH MYIPO?
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pembangunan sistem harta intelek serta bertindak sebagai agensi Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). MyIPO merupakan agensi tunggal yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran harta intelek di Malaysia.
OBJEKTIF MYIPO
- Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan
- Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek
- Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna
- Menyediakan khidmat nasihat harta intelek
- Memperkukuhkan perundangan harta intelek
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR TRADEMARK JENAMA MYIPO
- Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia / bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran.
- Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.
DOKUMEN UNTUK PENDAFTARAN
Untuk mendaftar cap dagangan / trademark anda perlu menyediakan beberapa dokumen:
- Jenama / Logo – dalam bentuk JPG, GIF, PNG, PDF, AI, PSD
- Salinan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) atau dokumen pemerbadanan syarikat atau salinan kad pengenalan.
- Alamat surat menyurat
- Alamat emel
- Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah jenama yang hendak didaftar
PROSES DAFTAR TRADEMARK MYIPO
Untuk mendaftar anda perlu melalui 2 peringkat di bawah:
PERINGKAT 1:
- Membuat carian jenama / logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama / logo tersebut tidak mempunyai persamaan dgn trademark yang sudah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan.
- Keputusan carian akan dikeluarkan dalam masa 1-2 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan. Anda juga boleh melakukan carian sendiri di laman web MyIPO .
PERINGKAT 2:
- Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses mendaftar dan mendapatkan salinan pengesahan pendaftaran mengambil masa 1-2 hari bekerja.
- Kelulusan dan sijil akan dikeluarkan oleh pihak MyIPO sekitar 8 ke 12 bulan. Kelulusan boleh dipendekkan kepada 4 ke 6 bulan dengan membuat permohonan dipercepatkan. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk permohonan
KADAR BAYARAN DAFTAR TRADEMARK MYIPO
Bagi setiap peringkat anda perlu membuat pembayaran. Berikut adalah anggaran kadar bayaran yang perlu di buat:
- PERINGKAT 1 – Carian: RM200
- PERINGKAT 2 – Pendaftaran: RM1590
[NOTA]:
- Tambahan bayaran sebanyak RM1500 untuk membuat permohonan dipercepatkan
- RM100 untuk sijil pendaftaran bercetak.
CARA DAFTAR TRADEMARK MYIPO
Cara untuk mendaftar trademark jenama anda adalah seperti berikut:
1. Anda perlu hadir ke pejabat MYIPO berdekatan atau berjumpa dengan ejen yang berdaftar.
2. Anda boleh mendaftar secara atas talian (online) dengan layari pautan ini:- MYIPO
BORANG DAFTAR MYIPO
Anda memerlukan borang-borang ini untuk dilengkapkan sebelum mendaftar MYIPO:
1. Borang TM5
2. Surat Akuan Sumpah
3. Borang 49(SDN.BHD)
4. Salinan Sah Sijil SSM (Milikan Tunggal / Enterprise)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai daftar trademark jenama MyIPO, anda boleh layari website rasmi MyIPO di Pautan https://www.myipo.gov.my/en/home/