PSU PERKESO 5.0 2022 : (CARA PERMOHONAN/REGISTER/APPLY/PENDAFTARAN/KEMASKINI)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PSU PERKESO 5.0 2022 : (CARA PERMOHONAN/REGISTER/APPLY/PENDAFTARAN/KEMASKINI)

Untuk majikan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan, anda layak memohon subsidi upah bagi tahun 2022 melalui PSU 5.0 PERKESO. Bagi mengetahui cara untuk mendaftar dan membuat permohonan di sini kami akan kongsikan caranya kepada anda.

BACA JUGA : EKASIH LOGIN 2022 : (SEMAKAN STATUS/PENDAFTARAN/PERMOHONAN)

PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

  • Tujuannya ada supaya majikan yang terkesan dari segi ekonomi dapat mengelakkan penutupan dan meneruskan operasi sekaligus mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi setiap sektor perusahaan.

TARIKH PERMOHONAN PSU PERKESO 2022

  • Dibula mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022

SYARAT KELAYAKAN PSU 5.0 2022

Berikut adalah merupakan syarat dan kelayakan utama yang diletakkan di bawah PSU 5.0:

  • Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
  • Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A

SENARAI SEKTOR TERLIBAT DALAM PSU 5.0 2022

1. Pengangkutan dan penyimpanan

  • Pengangkutan penumpang antara bandar melalui laluan rel
  • Perkhidmatan bas bandaraya
  • Perkhidmatan bas ekspres
  • Perkhidmatan operasi teksi dan limosin
  • Sewa kereta dengan pemandu
  • Operasi rombongan, cruise atau bot persiaran
  • Operasi feri, teksi air
  • Sewaan bot santai dengan krew bagi pengangkutan laut dan pesisir pantai
  • Pengangkutan penumpang melalui sungai, terusan, tasik dan laluan air pedalaman lain
  • Pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa
  • Pengangkutan penumpang tidak berjadual
  • Pengangkutan muatan udara mengikut laluan dan berjadual atau tidak berjadual
  • Lapangan terbang dan aktiviti kawalan trafik udara
  • Aktiviti perkhidmatan asas di padang terbang
  • Penyewaan peralatan pengangkutan dengan operator untuk tujuan pengangkutan penumpang berkaitan pelancongan
  • Penyewaan peralatan pengangkutan udara dengan operator untuk tujuan pengangkutan muatan berkaitan pelancongan
  • Operasi kemudahan meletak kenderaan bermotor (medan letak kenderaan-berkaitan pelancongan)
  • Perkhidmatan pemunggahan berkaitan pelancongan

2. Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

  • Hotel dan hotel resort
  • Motel
  • Hotel Apartmen
  • Chalet
  • Rumah rehat/rumah tetamu
  • Bed and breakfast units
  • Asrama
  • Homestay
  • Aktiviti penginapan jangka masa pendek yang lain t.t.t.l.
  • Tapak perkhemahan, taman kenderaan rekreasi dan taman treler
  • Restoran dan restoran yang juga kelab malam
  • Restoran makanan segera
  • Katering makanan
  • Pub, bar, disko, coffee house, ruang koktel dan karaoke
  • Kenderaan sorong makanan yang bergerak
  • Gerai/penjaja makanan

3. Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan

  • Aktiviti agensi pengembaraan
  • Aktiviti operator pelancongan
  • Penyewaan dan pemajakan operasi kereta penumpang (tanpa pemandu)
  • Penyewaan dan pemajakan operasi trak, treler pelbagai guna dan kenderaan rekreasi
  • Penyewaan dan pemajakan bot peranginan, kenu, perahu layar
  • Penyewaan dan pemajakan basikal
  • Penyewaan dan pemajakan barang kemas, peralatan muzik, hiasan latar dan kostum
  • Pembersihan keretapi, bas dan kapal terbang

4. Kesenian, hiburan dan rekreasi

  • Perkhidmatan penerbit teater, penyanyi kumpulan pancaragam dan hiburan orkestra
  • Aktiviti kesenian, hiburan dan kreatif t.t.t.l.
  • Aktiviti perjudian dan pertaruhan
  • Stadium dan kolam renang, arena luncur ais
  • Padang golf
  • Pusat boling
  • Penganjuran dan operasi acara sukan dalam dan luar bangunan untuk profesional atau amatur oleh organisasi dengan kemudahan sukan sendiri
  • Aktiviti taman hiburan dan taman tema
  • Aktiviti taman rekreasi dan pantai
  • Operasi pesta dan pertunjukan rekreasi semula jadi
  • Operasi kelab malam dan lantai tari
  • Operasi semua jenis muzium
  • Operasi tapak dan bangunan bersejarah
  • Operasi taman botani dan zoologi
  • Operasi rizab semula jadi, termasuk pemeliharaan hidupan liar

5. Aktiviti perkhidmatan lain

  • Pencucian dan cucian kering, menggosok
  • Dandanan rambut dan penjagaan kecantikan lain
  • Aktiviti sauna, mandian stim, salon mengurut
  • Aktiviti sosial seperti perkhidmatan pengiring, temujanji dan biro perkahwinan
  • Pengilat kasut, porter, valet memakir kereta
  • Money Changer

[NOTA]:

  • Majikan dari sektor dan aktiviti industri tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
  • PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0

CARA PERMOHONAN PSU PERKESO 2022

Untuk mendaftar dan membuat permohonan PSU 5.0 sila ikut langkah di bawah:

1. Layari laman web Program Subsidi Upah

2.Sila klik Permohonan PSU 5.0 > Pilih Sektor Anda.

3. Pilih Tidak jika anda belum pernah memohon PSU sebelum ini, Tekan Seterusnya.

4. Pilih Negeri Operasi anda dan masukkan Kod Majikan anda, Tekan Seterusnya.

5. Isikan butiran yang diperlukan.

6. Muat naik dokumen yang diperlukan.

7. Tekan butang Hantar.

8. Anda akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi dan anda boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.

CARA KEMASKINI PSU 5.0

Untuk kemaskini permohonan PSU 5.0 sila ikut langkah berikut:

  1. Layari psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Kemaskini > Program Subsidi Upah 5.0
  3. Masukan Nombor rujukan PSU5.0 dan E-Mel yang didaftar semasa permohonan
  4. Kemudian tekan seterusnya dan anda boleh kemaskini maklumat anda inginkan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaaan lanjut mengenai PSU 5.0, anda boleh rujuk:

Leave a Comment