CARA UPDATE MYSEJAHTERA KALAU POSITIF 2022 ANAK ATAU DIRI SENDIRI

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA UPDATE MYSEJAHTERA KALAU POSITIF 2022 ANAK ATAU DIRI SENDIRI

Untuk pengetahuan anda, mulai 10 Febuari 2022, KKM telah mengumumkan bahawa tiada lagi gelang pink & Home Surveillance Order (HSO) Surat kuarantin akan dijana melalui aplikasi MySejahtera.

Jadi, di sini kami akan kongsikan cara dan langkah yang dimaklumkan oleh KKM mengenai cara update mysejahtera jika positif.

BACA JUGA : EKASIH LOGIN 2022 : (SEMAKAN STATUS/PENDAFTARAN/PERMOHONAN)

CARA UPDATE MYSEJAHTERA KALAU POSITIF 

Laporan Kendiri Kes Positif

1. Pilih “Saya telah disahkan positif COVID-19 dan hendak lapor keputusan makmal”

2. Laporkan keputusan POSITIF sahaja

3. Pengguna akan diminta memuat naik keputusan positif ujian.

[NOTA] :

  • Jika pengguna memuat naik keputusan negatif, sistem tidak dapat membezakan dan akan menukar status pengguna kepada positif.

Laporan Ujian Kendiri

  • Pilih “Saya ingin mengemaskini Laporan Ujian Kendiri”
  • Klik ikon “Ujian Kendiri COVID-19” di halaman depan
  • Klik pada “Kemas kini Keputusan Ujian Kendiri”
  • Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda.
    • Jika laporkan untuk diri sendiri Pilih A
    • Jika laporkan untuk tanggungan anda Pilih B
  • Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat
    • Nombor Telefon
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat email
  • Isi alamat tempat tinggal anda atau tempat kuarantin anda
  • Pilih sumber cara anda dapatkan kit ujian saliva atau SWAB
  • Pilih jenis sampel yang anfa jalankan
  • Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan dan seterusnya klik “I’m not a robot” dan klik “Hantar”
  • Tunggu MySejahtera update arahan kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera anda.
  • Selesai.

APA GEJALA COVID-19?

Supaya anda dapat berjaga-jaga untuk diri sendiri dan juga orang yang anda berjumpa, ambil tahu gejala covid yang disenaraikan di bawah ni:

  1. Demam panas
  2. Batuk kering
  3. Sakit tekak
  4. Selsema
  5. Sukar bernafas
  6. Sakit badan
  7. Cirit birit

CARA KUARANTIN DI RUMAH

Serumah Dengan Kes Positif Covid-19

  1. Duduk di rumah untuk 10 hari
  2. Tak berkongsi bilik dengan kes positif
  3. Sentiasa pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan 1 – 2 meter daripada kes positif
  4. Letak makanan dan minuman di luar pintu supaya boleh diambil sendiri oleh kes positif
  5. Sentiasa pakai sarung tangan bila menguruskan perkakas yang digunakan oleh kes positif
  6. Selalu cuci tangan dengan air dan sabun serta gunakan hand sanitizer
  7. Pantau diri setiap hari untuk gejala Covid menggunakan aplikasi mySejahtera

Penjaga Kepada Pesakit COVID-19

Kalau anda dipertanggungjawabkan untuk menjaga pesakit Covid, ada beberapa perkara yang perlu lakukan. Selain mengurangkan kontak, anda perlu memberikan sokongan seperti:

  1. Bantu pesakit mengikuti arahan doktor dari segi penjagaan dan perubatan
  2. Pastikan pesakit minum air dan mendapatkan rehat yang cukup
  3. Sentiasa tanya apa yang diperlukan oleh pesakit
  4. Jangan berkongsi sebarang barangan dengan pesakit termasuk pinggan mangkuk, gelas, tuala, peralatan tempat tidur atau barang elektronik sekalipun.
  5. Sediakan tong sampah khas untuk pesakit saja dan basuh tangan dengan bersih selepas membuang sampah tersebut
  6. Pakaian kotor pesakit boleh dibasuh sekali dengan yang lain, tapi pastikan anda disinfek semua tempat yang terkena pakai kotor pesakit dan basuh tangan dengan kerap semasa menguruskan pakaian tersebut
  7. Jika gejala makin serius atau pesakit nampak tak bermaya terus hubungi 999

Pesakit COVID-19 Yang Kuarantin Di Rumah

Seperti yang diberitahu di atas tadi, tak semua pesakit positif akan kuarantin Covid di hospital atau pusat kuarantin, tapi boleh kuarantin di rumah. Namun, ada yang perlu buat ialah:

  1. Duduk di dalam bilik berasingan. Paling elok yang ada bilik air
  2. Pantau gejala pada diri setiap hari dan hubungi 999 jika bertambah teruk
  3. Kalau kena kongsi bilik air dengan yang lain, pastikan bilik air dibersihkan dan disinfeksi setiap kali lepas guna
  4. Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan 1 – 2 meter bila berdepan ahli rumah lain
  5. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun serta gunakan hand sanitizer

MAKLUMAT LANJUT 

Talian Hotline KKM & Agensi Berkaitan COVID-19 di Malaysia

Leave a Comment