SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2022 SPA9 (CARA LOGIN/SEMAKAN/PERMOHONAN/PENDAFTARAN)
Tahukah anda Portal SPA8i yang digunakan dulu tidak lagi digunakan mulai 28 September 2020 dan telah digantikan dengan SPA9 yang baharu.
Bagi yang belum tahu, SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. Untuk mendaftar dengan SPA9 anda boleh rujuk artikel yang kami sediakan ini mengenai cara membuat pendaftaran akaun SPA9.
BACA JUGA : eHLP KKM 2022 : APPLY CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
CARA PENDAFTARAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SPA9 2022
Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa :
- Tempoh sah laku pendaftaran calon perkhidmatan awam spa8i adalah satu (1) tahun.
- Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM.
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:-
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM./Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1 : PENDAFTARAN MYID
- Layari laman web rasmi SPA9 di pautan https://spa9.spa.gov.my/login
- Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.
- Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
- Masukkan kod keselamatan dan lengkapkan lain-lain butiran yang diperlukan.
- Setelah selesai, tandakan pada kotak persetujuan dan klik ‘Daftar’.
- Kembali semula ke halaman depan SPA9. Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.
- Jika anda merupakan pengguna baru, sila kemaskini segala maklumat dalam sistem.
LANGKAH 2 : LOGIN SPA9
- Layari semula skrin Daftar Masuk dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
- Masukkan no Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang betul dan tepat bagi mengelakkan kegagalan login.
- Klik Log Masuk.
LANGKAH 3 : MAKLUMAT PEMOHON
- Klik pada pautan “Maklumat Peribadi” dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu yang telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.
- Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah.
- Klik butang “Simpan” setelah semua maklumat diisi lengkap.
LANGKAH 4 : MAKLUMAT AKADEMIK
- Klik pada pautan “Maklumat Kelayakan Akademik” dan skrin seperti berikut akan dipaparkan.
- Setelah lengkap isi semua maklumat klik butang “Simpan”.
LANGKAH 5 : JAWATAN DIPOHON
- Klik pada menu “Jawatan Dimohon”, sub-menu mengikut kelayakan akademik seperti “SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM” dan “Ijazah” seperti di bawah akan dipaparkan.
- Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan “+ Tambah” bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
- Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang dipilih daripada senarai yang diberikan.
- Klik butang “Simpan”.
- Calon hanya boleh memohon maksimum 15 jawatan SPA.
- Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon.
LANGKAH 6 : PENGAKUAN PEMOHON
- Klik pada pautan “Pengakuan Pemohon” dan skrin di bawah akan dipaparkan.
- Setelah pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul, klik petak Setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi, klik butang “Hantar” PERINGATAN.
- Sekiranya tidak klik butang “Hantar”, permohonan tidak akan diproses.
- Status Permohonan seperti paparan di bawah akan ditunjukkan bagi memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.
- Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan
SEMAKAN SPA9 SECARA ONLINE
- Log masuk ke Portal SPA untuk membuat semakan.
- Klik pautan “Semakan Pemohonan Semasa” dan skrin seperti berikut akan dipaparkan.
- Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
- Jika paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermaknan tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Sekiranya paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT & PERMOHONAN JAWATAN KERAJAAN
Setelah mendaftar, sila kemaskini maklumat terkini agar anda mudah memohon jawatan kerajaan yang bakal dibuka pada bila-bila masa.
Pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan, butiran tentang gaji, dan deskripsi tugas sebelum membuat permohonan.
Sekiranya anda telah mendaftar, pastikan anda mengemaskini maklumat di Portal SPA9.
Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Kelayakan Akademik
- Maklumat Sedang Berkhidmat
- Maklumat Bekas Tentera
- Maklumat Bukan Akademik
- Jawatan Dipohon
Untuk melihat Manual Pengguna dengan lengkap, sila muat turun di SINI.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat masalah lain selain daripada yang dinyatakan dalam FAQ ini, sila
maklumkan masalah anda ke ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my) atau e-mel
ke spa9@spa.gov.my