KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA 2022 : (LOKASI/TARIKH & WAKTU OPERASI)
Kiosk Bantuan MySejahtera adalah merupakan inisiatif KKM yang menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri. Inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan ‘helpdesk’ atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.
BACA JUGA: CARA UPDATE MYSEJAHTERA KALAU POSITIF 2022 ANAK ATAU DIRI SENDIRI
PERINGATAN!
- Kes Kontak Rapat dan Positif Covid adalah TIDAK DIBENARKAN untuk Hadir.
- Bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, anda tidak dibenarkan hadir.
LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA 2022
Lokasi 1: World Trade Centre (WTC), KL.
Lokasi 2: Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
TARIKH & WAKTU OPERASI
Tarikh dan waktu operasi bagi kiosk bantuan adalah seperti yang berikut:
- Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang
- Kiosk ini beroperasi sehingga 15 Mac 2022
NOTA:
- Bagi mengelakkan kesesakan dan pematuhan SOP di premis, hanya 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari. (Bermula jam 9 pagi)
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Untuk mereka yang ingin hadir ke kiosk bantuan terdapat beberapa dokumen yang perlu anda bawa ke sana bagi memudahkan urusan. Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama:
- Kad vaksinasi fizikal.
- Kad pengenalan.
- Dokumen vaksinasi daripada luar negara.
- Passport (jika berkaitan).
- Surat Pengesahan tamat HSO.
- Dokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negara.
- Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negara.
- Dokumen VTL (Udara & air).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.