KWSP ONLINE : (CARA PENDAFTARAN/REGISTER/LOGIN/SEMAKAN DAN CHECK i-AKAUN EPF)
Bagaimanakah cara Pendaftaran/Register i akaun KWSP? Macam mana Check/Semakan KWSP Online? Apakah cara untuk Login i-Akaun EPF?
KWSP ONLINE
KWSP Online di kenali sebagai i-Akaun. Tuan/Puan boleh ikuti panduan pendaftaran dan cara guna di sini.
KWSP Online adalah kemudahan yang diwujudkan oleh pihak KWSP untuk memudahkan urusan kepada para pencarum. KWSP Online ini dikenali sebagai i-Akaun. Menerusi i-Akaun pencarum dapat melakukan pelbagai transaksi menerusi online dimana-mana sahaja tanpa perlu ke kaunter.
Antara kemudahan yang boleh dibuat menerusi KWSP Online ini adalah seperti berikut :
- Semakan Baki Akaun.
- Semakan Dividen 2021/2022.
- Pengeluaran KWSP.
- Semakan Penyata.
- Sejarah Keluar/Masuk Caruman.
- Semakan Caruman Semasa.
- Jenis Pengeluaran KWSP.
- Semakan Baki Akaun 1 dan Akaun 2.
- Semakan Jumlah Kelayakan Pengeluaran.
- Dan banyak lagi.
DAFTAR i-AKAUN KWSP
Rujuk di dalam artikel ini.
CARA PENDAFTARAN ATAU REGISTER i-AKAUN KWSP ONLINE/EPF 2022.
- Pencarum dikehendaki hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP yang berhampiran dengan anda untuk buat pendaftaran i-akaun ini. (Jika masih belum register). Atau anda juga boleh daftar i-akaun KWSP tanpa ke kaunter di dalam panduan yang disediakan di bawah nanti.
Untuk pertama kali daftar i-akaun EPF/KWSP ini, pencarum mestilah hadir untuk pejabat untuk pengaktifan kali pertama. Selepas sudah di aktifkan anda tidak lagi perlu ke cawangan kerana anda boleh lakukan sebarang urusan hanya menerusi KWSP online i-akaun sahaja.
- Kemudian, sila layari Laman Web Rasmi Pendaftaran/Register i-Akaun KWSP di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login. Atau anda juga boleh muat turun/download Apps i-Akaun KWSP di bawah ini.
Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main.
Pengguna IOS : https://apps.apple.com/my/app/i-akaun/id915682756.
Pengguna Huawei : https://appgallery.huawei.com/app/C101623123. - Sila masukkan Nombor Ahli KWSP anda sebagai USER ID.
- Klik [Next].
- Masukkan Password/Kata Laluan Sementara yang dihantar ke Nombor Telefon Bimbit anda menerusi SMS untuk aktifkan akaun anda.
- Selepas anda setuju, anda perlu reka/cipta ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima Notifikasi pendaftaran i-Akaun KWSP anda berjaya di skrin anda.
- Apabila sudah berjaya membuat pengaktifan kali pertama i-Akaun ini, anda boleh teruskan Login i-Akaun untuk semakan dan pengeluaran. Rujuk di panduan yang disediakan di bawah nanti.
- Selesai.

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP TANPA KE KAUNTER
Tuan/Puan boleh lihat di dalam artikel ini.
Untuk makluman kepada pencarum yang tidak berkesempatan atau tiada masa untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda juga boleh buat pendaftaran i-Akaun (atau dipanggil view mode) secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter KWSP atau kiosk EPF.
Caranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini :
- Pencarum perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian : 03-89226000 (8am-5pm).
- Pencarum akan diberikan ID Pengguna dan Password/Kata Laluan sementara untuk Login masuk sebagai view mode.
- Untuk pengetahuan pencarum, menerusi View Mode ini kemudahan yang anda boleh gunakan di dalam i-Akaun adalah terhad. Berikut adalah apa yang pencarum boleh lihat menerusi i-Akaun View Mode :
- Semakan Baki Akaun
- Semakan Caruman Semasa
- Semakan Profil
- Semakan Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

[PERHATIAN] Jika anda ingin dapatkan akses penuh i-Akaun seperti kemudahan Reset Password/Kata Laluan, e-Pengeluaran, Penamaan, Muat Turun/Download Penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, ahli perlu hadir ke kaunter di cawangan KWSP berhampiran untuk pengaktifan Nombor Telefon Bimbit bagi mendapatkan Nombor TAC serta membuat pengesahan cap ibu jari.
i AKAUN LOGIN
Panduan i Akaun Login di sediakan di dalam ini.

- Sila klik link Rasmi i-Akaun Login di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
- Klik [Log Masuk] di bahagian atas skrin anda.
- Kemudian, klik [i-AKAUN AHLI].
- Masukkan ID PENGGUNA yang anda cipta/reka semasa pendaftaran di ruangan USER ID.
- Klik [Next].
- Anda anda lihat GAMBAR SECRET PHASE yang anda pilih semasa pendaftaran.
- Seterusnya, masukkan PASSWORD/KATA LALUAN yang anda cipta/reka semasa pendaftaran.
- Klik [Login].
- Sekarang anda sudah berjaya Login/Log Masuk ke i-Akaun anda.
- Seterusnya, untuk semakan KWSP dan pengeluaran anda boleh rujuk panduan di bawah.
SEMAKAN KWSP
Tuan/Puan boleh membuat semakan KWSP menerusi online di i-Akaun. Rujuk di artikel ini untuk panduan lengkap cara semakan.
- Pertama, pastikan anda sudah Login/Log Masuk i-Akaun berdasarkan panduan di atas.
- Jika anda sudah berjaya Login i-Akaun, anda akan dipaparkan Paparan Utama i-Akaun atau KWSP Online.
- Untuk membuat Semakan Dividen/Baki KWSP yang anda perolehi, sila klik [MY ACCOUNT] di Menu atas skrin anda.
- Anda akan dibawa ke bahagian Statements.
- Untuk meneruskan Semakan Dividen KWSP atau Baki KWSP Online anda, sila pilih tahun di bahagian [View Statements for Year].
- Kemudian, klik [Search].
- Anda akan dipaparkan JUMLAH SIMPANAN yang anda ada.
- Anda juga akan dipaparkan RINGKASAN AKAUN iaitu Jumlah Akaun 1 dan Akaun 2 anda.
- Di bahagian RINGKASAN AKAUN ini anda dapat lihat jumlah DIVIDEN yang anda terima pada tahun 2021 dan juga Jumlah Duit KWSP KELUAR/MASUK bagi tahun 2021.
- Selain itu, anda juga boleh membuat semakan CARUMAN SEMASA yang anda perolehi untuk tahun 2021 dan juga 2022.
- Dan pencarum juga boleh lihat Sejarah Pengeluaran jika terdapat pengeluaran menerusi i Citra atau i Sinar dan i Lestari sebelum ini di bahagian PENGELUARAN.
- Selesai.
Jika anda ingin membuat pengeluaran KWSP anda boleh rujuk di panduan lengkap di sini : PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 ATAU 2 EPF 2022 : 10K ATAU UNTUK RUMAH ATAU UMUR 50 ATAU 55 ATAU PENDIDIKAN ATAU HAJI ATAU PINJAMAN ATAU MASA MUDA ATAU iSAYANG ATAU iLINDUNG.
KWSP HOTLINE i-AKAUN ONLINE
Jika terdapat sebarang soalan dan pertanyaan pencarum boleh hubungi di talian KWSP Hotline i-Akaun di bawah ini :
Nombor KWSP Hotline : 03 – 8922 6000.
Faks : 03 – 8922 6222.
Masa Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.00 Pagi ke 5.00 Petang).
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor).