CARA DAFTAR EPRASEKOLAH 2024/2025 : SEMAKAN STATUS (KPM MALAYSIA)
Untuk makluman kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak yang ingin diserap masuk ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi 2024/2025, permohonan boleh dibuat secara online.
Bagaimanakah cara daftar eprasekolah 2024/2025? Adakah permohonan secara online boleh dilakukan? Ikuti penjelasan yang lebih terperinci di sini.
BACA JUGA: EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022 CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN DAN SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN EPRASEKOLAH
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.
TARIKH DAFTAR EPRASEKOLAH KPM 2024/2025
Berikut adalah tarikh permohonan ke prasekolah KPM bagi sesi 2024/2025:
- Permohonan online kemasukan pra-sekolah KPM 2024/2025 adalah pada 1 Mac 2023 sehingga 30 April 2023.
- Borang permohonan prasekolah KPM 2024/2025 boleh di ambil bermula pada 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023.
CARA DAFTAR PRASEKOLAH 2024/2025 SECARA MANUAL
Berikut adalah cara membuat permohonan prasekolah 2024/2025 secara manual:
1. Sila ambil borang permohonan prasekolah di sekolah yang ingin dimohon.
2. Lengkapkan butiran maklumat yang terdapat di borang tersebut.
3. Sediakan dokumen yang diperlukan dan yang diminta.
4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewatnya pada 30 Mei 2023.
5. Semakan keputusan prasekolah boleh dilakukan melalui sekolah yang dimohon.
CARA DAFTAR EPRASEKOLAH KPM 2024/2025 SECARA ONLINE
Untuk membuat permohonan prasekolah KPM 2024/2025 melalui online, sila ikuti langkah di bawah:
1. Sila layari laman sesawang EPRASEKOLAH KPM : DI SINI
2. Kepada pengguna kali pertama, untuk mendaftar klik Daftar Pengguna. Isi maklumat di bahagian pendaftaran pengguna.
- Nama Penuh
- No. MyKad
- No. Telefon
- Katalaluan
3. Lengkapkan maklumat yang diminta:
- Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga.
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
4. Kemaskini maklumat & cetak permohonan
- Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 beserta dokumen yang berkaitan.
CARA SEMAKAN EPRASEKOLAH KPM 2024/2025
- Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2023 Bermula 5 Ogos 2023.
Berikut adalah status merujuk kepada status permohonan anda:
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan prasekolah KPM sesi 2024/2025 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023.
Berikut adalah cara buat rayuan secara dalam talian:
1. Klik menu SEMAKAN atau RAYUAN PERMOHONAN.
2. Klik MOHON RAYUAN.
3. Lengkapkan maklumat yang berkaitan.
4. Klik pada butang HANTAR RAYUAN.
5. Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my