EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022 CARA PERMOHONAN ATAU PENDAFTARAN DAN SEMAKAN
Setiap tahun ibu bapa akan mengintai peluang untuk memasukkan nama anak mereka melalui semakan sistem pendaftaran prasekolah / tadika kpm secara online untuk membuat permohonan kemasukan ke prasekolah
Untuk ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke prasekolah KPM, di sini kami kongsikan cara untuk mendaftar di eprasekolah.moe.gov.my. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut baca artikel yang telah kami sediakan ini.
BACA JUGA : MY KASIH REGISTER 2022 : PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN E-KASIH ONLINE
TARIKH PERMOHONAN LOGIN EPRASEKOLAH
Berikut adalah tarikh permohonan ke prasekolah KPM:
- Dibuka mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.
SYARAT KELAYAKAN EPRASEKOLAH 2022
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.
CARA PERMOHONAN EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022
Untuk membuat permohonan EPRASEKOLAH, sila ikuti langkah di bawah:
1. Sila layari laman web EPRASEKOLAH – https://eprasekolah.moe.gov.my/
2. Untuk mendaftar klik Daftar Pengguna. Isi maklumat di bahagian pendaftaran pengguna.
- Nama Penuh
- No. MyKad
- No. Telefon
- Katalaluan
3. Lengkapkan maklumat yang diminta:
- Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
4. Kemaskini maklumat & cetak permohonan
- Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 beserta dokumen yang berkaitan.
SEMAKAN PERMOHONAN EPRASEKOLAH MOE GOV MY 2022
- Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2023 Bermula 5 Ogos 2022.
Berikut adalah status merujuk kepada status permohonan anda:
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN
- Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022.
Berikut adalah cara buat rayuan secara dalam talian:
1. Klik menu SEMAKAN atau RAYUAN PERMOHONAN
2. Klik MOHON RAYUAN
3. Lengkapkan maklumat yang berkaitan
4. Klik pada butang HANTAR RAYUAN
5. Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my