DUIT TABUNG HAJI CARA KELUARKAN ATAU WITHDRAW MELALUI ONLINE KE BANK
Untuk anda yang mempunyai akaun Tabung Haji (TH) pastinya anda berdepan kesukaran untuk berurusan dengan TH. Ini kerana cawangan bank ini tidaklah sebanyak cawangan bank konvensional lain.
Tetapi adakah anda tahu mengenai kemudahan membuat urusan Tabung Haji yang boleh dilakukan dengan bank-bank lain di Malaysia secara online sahaja? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut baca perkongsian artikel daripada kami ini.
BACA JUGA : DIVIDEN KWSP 2022 CARA SEMAKAN ATAU CHECK MELALUI i-AKAUN EPF
CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI SECARA ONLINE
Anda perlu mempunyai membuat akaun perbankan internet (online banking) di mana-mana laman web rakan strategik TH terlebih dahulu, iaitu Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan juga CIMB
CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI TANPA CAJ (JOMPAY TH)
Terkini pendeposit boleh memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa pendeposit ke akaun TH melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih melalui 23 Bank di Malaysia tanpa caj.
Ikuti langkah yang dikongsikan di bawah:
- Log masuk ke perbankan internet pilihan anda (23 Bank di Malaysia)
- Pilih JomPAY
- Lengkapkan maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi:
- Biller Code – 60228 (mana-mana bank kod ini sama)
- Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
- Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
- Ref-2 – jika ada
- Amaun (RM)
- Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan.
- Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919.
CARA KELUARKAN DUIT TABUNG HAJI MELALUI MAYBANK2U
1. Sila layari portal Maybank2U dan login
2. Klik ‘PAY & TRANSFER’
3. Di ruangan ‘Transfer From’,sila pilih ‘Tabung Haji Account’.
4. Di ruangan ‘Transfer To’, sila pilih ‘Own Accounts’.
5. Sila pilihan ‘Savings Account-I’(disertakan dengan nombor akaun Maybank)
6. Di ruangan ‘Transfer Amount’, masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan.
7. Di ruangan ‘Reference’, masukkan rujukan contohnya ‘keluar duit bulan Mei’
8. Klik ‘Transfer’
9. Kemudian request untuk nombor TAC, yang akan diterima di dalam telefon bimbit anda, masukkan nombor TAC tersebut.
10. Sila klik ‘CONFIRM’ dan anda transaksi berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon: +603 – 6207 1919
Faks: +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)