SEMAKAN KEMASUKAN DARJAH 1 2023/2024

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN KEMASUKAN DARJAH 1 2023/2024

Kepada ibu bapa atau penjaga di luar sana yang telah mendaftar anak-anak mereka untuk Darjah 1 tahun hadapan, anda boleh buat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Ogos 2021 ini. Di bawah adalah cara semakan kemasukan darjah 1 online bagi sesi 2022 2023. KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual. Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Baca juga : CARA MEMOHON MORATORIUM RHB BAHASA MELAYU

TARIKH PENDAFTARAN DARJAH 1

Tarikh pendaftaran telah dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2021 yang lalu.

TARIKH SEMAKAN KEMASUKAN TAHUN 1

Tarikh semakan untuk seluruh Negeri kecuali Putrajaya diumumkan pada 1 Ogos 2021. Bagi Putrajaya telah ditangguhkan kepada 1 November 2021.

CARA SEMAKAN KEMASUKAN DARJAH 1 

Panduan kepada ibu bapa untuk semakan kemasukan tahun 1 seperti di bawah :

  1. Masuk ke laman web : https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan Daftar Masuk dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan Ibu Bapa dan Password/Kata Laluan (Jika terlupa lihat artikel dibawah cara dapatkan password SPS)
  3. Di bahagian Senarai Perkhidmatan Dalam Talian KPM, pilih dan klik Tahun 1
  4. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  5. Setelah itu, pilih Semak Permohonan
  6. Tekan butang SEMAKAN
  7. Sila lihat bahagian SEKOLAH DITEMPATKAN, paparan sekolah anak anda akan diberitahu di sini.
  8. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Baca juga : Cara Semakan Permohonan Bantuan Barang Dapur RM300 Percuma dari Kerajaan Malaysia

CARA DAPATKAN PASSWORD ATAU KATA LALUAN SPS (SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH)

  1. Tekan LUPA KATALALUAN
  2. Isi Maklumat Kad Pengenalan, ID Pengguna dan Pengesahan KOD
  3. Klik butang MOHON KATALALUAN

PERHATIAN : Mohon semak email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran). Sekiranya email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin, dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan.

Leave a Comment