TEMPAHAN VAKSIN COVID19 SINOVAC SECARA BERBAYAR DI BUKA PADA HARGA RM360 UNTUK 2 DOS DI KBMC
Untuk makluman semua yang masih belum lagi menerima vaksin boleh juga membuat tempahan berbayar di Kota Bharu Medical Centre (KBMC).
Kepada rakyat Kelantan yang masih lagi menunggu dan ingin memiliki vaksin melalui berbayar boleh segera membuat tempahan awal dengan pihak KBMC.
Untuk maklumat anda, tempahan slot adalah terhad berdasarkan stok yang dimiliki. Jadi sesiapa ingin boleh membuat tempahan dengan secepat mungkin.
Di bawah ini adalah detail tempahan berbayar vaksin di KBMC :
Baca juga : Cara Daftar Vaksin MySejahtera
TEMPAHAN VAKSIN COVID19 SECARA BERBAYAR DI KBMC
(TEMPAHAN VAKSIN COVID19 SINOVAC)
- Jenis Vaksin : Sinovac
- Harga : RM360 untuk 2 Dos
- Bayaran Pendahuluan diperlukan setelah pengesahan
- Wang tidak akan dikembalikan jika pemabatalan dibuat
- Temujanji akan diberikan bergantung kepada jumlah stok
- Untuk tempahan boleh hubungi : 016-6003711
Boleh rujuk gambar di bawah untuk iklan dari pihak KBMC :
BAHAN KANDUNGAN CORONAVAC (SINOVAC)
Vaksin COVID-19 CoronaVac terdiri daripada virus SARS-CoV-2 yang telah mati dan tidak aktif. Bahan-bahan lain adalah aluminium hydroxide, disodium hydrogen phosphate, monosodium dihydrogen phosphate, sodium chloride, sodium hydroxide, and water for injection.
Vaksin COVID-19 CoronaVac tidak mengandungi alkohol dan bahan pengawet.
GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK AMBIL VAKSIN SINOVAC
Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 CoronaVac sekiranya anda:
- Mempunyai alahan kepada vaksin COVID-19 CoronaVac atau mana-mana bahan kandungan vaksin COVID-19 CoronaVac (sila lihat bahagian Penerangan Produk).
- Tanda-tanda tindak balas alahan mungkin termasuk ruam atau kegatalan kulit, sesak nafas dan bengkak pada muka atau lidah.
- Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin yang lain
- Mempunyai penyakit neurologi yang serius seperti radang saraf tunjang (transverse myelitis), demyelinating diseases dan sindrom Guillain-Barre
- Mempunyai penyakit teruk dan/atau kronik yang tidak terkawal
- Pemberian vaksin kepada individu yang sedang mengalami penyakit akut (acute disease, acute exacerbation of chronic disease) dan demam perlu ditangguhkan.
MAKLUMAT LANJUT TENTANG VAKSIN COROVAC (SINOVAC)
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada petugas kesihatan berhampiran. Anda juga boleh melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti:
Chek baki