SEMAKAN KELULUSAN MORATORIUM BANK RAKYAT DAN BORANG PERMOHONAN MORATORIUM BANK RAKYAT PERSONAL LOAN 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN KELULUSAN MORATORIUM BANK RAKYAT DAN CARA MEMOHON MORATORIUM BANK RAKYAT PERSONAL LOAN 2021

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 berhubung penawaran moratorium bagi membantu pelanggan menguruskan aliran tunai dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari) melibatkan produk pembiayaan seperti di bawah :

  1. Pembiayaan Peribadi-i
  2. Pembiayaan Perumahan-i
  3. Pembiayaan Kenderaan-i
  4. Sewa Beli Kenderaan-i
  5. Pembiayaan Pendidikan-i
  6. Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i

Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.

Di bawah ini adalah cara untuk membuat semakan kelulusan moratorium Bank Rakyat :

Baca juga : CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE PEJABAT POS 2021

SEMAKAN KELULUSAN MORATORIUM BANK RAKYAT

Berikut adalah cara membuat semakan kelulusan moratorium Bank Rakyat :

  1. SILA MASUK KE PORTAL MORATORIUM COVID19 BANK RAKYAT DI BAWAH

    Tekan pautan rasmi di sini : https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

  2. TERDAPAT 2 PILIHAN

    Jika anda ingin membuat semakan sila tekan Semakan. Dan jika anda ingin membuat permohonan baru sila tekan Memohon.

  3. TEKAN SEMAKAN

  4. SILA MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA

  5. TEKAN BUTANG/ICON CARI

  6. SEMAKAN STATUS PERMOHONAN AKAN DIPAPARKAN

    Jika permohonan anda lulus, maka status anda akan dipaparkan.

Jika anda masih lagi belum membuat permohonan moratorium bagi personal loan anda atau pun pinjaman lain melalui Bank Rakyat anda boleh ikuti panduan di bawah ini iaitu bagaimana cara untuk memohon permohonan baru moratorium lanjutan Bank Rakyat.

BORANG PERMOHONAN BARU MORATORIUM BANK RAKYAT UNTUK PERSONAL LOAN DAN PINJAMAN LAIN

Berikut merupakan borang moratorium/cara memohon moratorium Bank Rakyat untuk peminjam :

  1. Masuk ke portal rasmi borang permohonan moratorium Covid19 Bank Rakyat di bawah : https://cv19-support.bankrakyat.com.my/pemulih
  2. Sila isi maklumat di bahagian Maklumat Pelanggan dengan tepat dan benar
  3. Sila pilih sama ada Individu atau Micro-i di bahagian Kategori Permohonan
  4. Sila jawab sama ada anda mempunyai lebih dari 1 jenis pinjaman atau hanya mempunyai 1 sahaja pinjaman dengan Bank Rakyat. Tandakan YA atau TIDAK.
  5. Sila jawab soalan dimana jika anda mempunyai pinjaman secara bersama atau gabung pinjaman. Sila tandakan YA atau TIDAK.
  6. Isi Nama Penuh anda mengikut Kad Pengenalan.
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baharu anda.
  8. Jika anda merupakan Polis/Tentera/Kad Pengenalan Lama sila tick bahagian ini dan masukkan Nombor anda.
  9. Isi Alamat Rumah anda.
  10. Masukkan Poskod.
  11. Masukkan Negeri.
  12. Sila isi Nombor Telefon untuk dihubungi mengenai status permohonan anda.
  13. Masukkan Alamat Emel anda.
  14. Sila pilih Jenis Bantuan yang anda inginkan sama ada Pilihan 1 adalah Moratorium 6 Bulan atau Pilihan 2 adalah Pengurangan Ansuran 50% selama 6 Bulan.
  15. Sila tick semua di bahagian Perakuan Pelanggan.
  16. Pastikan anda baca dengan teliti di bahagian Perakuan Pelanggan ini supaya anda faham apa yang anda memohon.
  17. Tekan Hantar/Submit jika anda sudah berpuas hati dengan maklumat yang anda berikan.
  18. Sila tunggu permohonan anda di proses dan anda boleh membuat semakan permohonan moratorium anda di atas jika permohonan anda sudah berjaya di hantar.

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai perubahan kewajiban pembiayaan anda sebelum mengesahkan permohonan anda, atau menghadapi masalah semasa menghantar borang anda, sila hubungi customer service bank rakyat di 1300800800 atau email ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my

11 thoughts on “SEMAKAN KELULUSAN MORATORIUM BANK RAKYAT DAN BORANG PERMOHONAN MORATORIUM BANK RAKYAT PERSONAL LOAN 2021”

  1. Lulus bulan 7
    Setakat ini 8/9/2021 baru dapat refund 1 bulan sahaja
    Apa tindakan perlu Saya buat
    Mohon pencerahan
    Harap maklum

    Reply
  2. bulan 8 pnya terus masok lpas gaji….tpi msuk dlm acc bank rakyat….bulan 9 punya gji msih kne tolak…tpi bile cek acc bank rakyat duit refund tu msih x masuk2 lg…naik penat dh ulang alik cek bank….

    Reply
  3. Saya dah apply moratorium banyak kali..tapi apabila check (tiada maklumat)..bulan 7 bulan 8 bulan 9 bulan 10..setiap kali apply tak pernah ada feed back Lulus ke atau tidak.. customer service call bila kita tanya pasal moratorium..”kami tak dapat bantu kena apply online”..fed up la bank rakyat ni..menyesal pilih bank ini!!

    At Least bagitahu la permohonan anda tidak lulus atau lulus tak perlulah tunggu macam org gila…selama ni Sy bank pakai saving saya..dh pun Sy explain kat dia org ni gaji tak de..Sy bayar pakai saving saya takkan nak licin saving nak kena tunggu..

    Reply
  4. Salam sejahtera..selamat pagi..1 bulan ja dapat bayaran balik moratorium…sehingga sekarang belum ada bayaran balik..
    Tiap hari cek dalam akaun Bank Rakyat..tapi tida juga…apa dah jadi BANK Rakyat..

    Reply

Leave a Comment