bpr daftar akaun

BPR DAFTAR AKAUN : CARA REGISTER BANTUAN PRIHATIN RAKYAT ONLINE 2021

BPR DAFTAR AKAUN : CARA REGISTER BANTUAN PRIHATIN RAKYAT ONLINE 2021

Pendaftaran MyBPR perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BPR 2021 dan tidak pernah mendaftar sebelum ini. Sekiranya anda adalah penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBPR.

Baca juga : Cara Membuat Semakan Rayuan BPR Fasa 2

MyBPR adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BPR 2021 untuk tujuan Kemas Kini Permohonan, Semakan Status Permohonan, Cetakan permohonan, Peti Mel, Maklum Balas.

Jika anda telah memasukkan Nombor MyKad pada MyBPR, tetapi paparan adalah “Tiada Rekod. Sila buat permohonan / kemas kini permohonan BPR 2021”, mesej berkenaan dipaparkan kerana permohonan anda belum membuat Permohonan Baharu BPR 2021 dan Permohonan Baharu BPR 2021 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi belum diambil tindakan oleh LHDNM, anda perlu membuat Permohonan Baharu BPR 2021 sekiranya masih belum kemukakan Borang BPR 2021.

CARA DAFTAR AKAUN BPR

Panduan Lengkap untuk Pendaftaran Akaun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara online.

  1. Layari laman rasmi BPR di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/.

  2. Klik menu MyBPR.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  4. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul.

  5. Setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati.

  6. Jawab 5 Soalan yang disediakan.

  7. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan.

  8. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar.

  9. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”.

  10. Anda boleh Log Masuk MyBPR. Untuk pertama kali log masuk sila ikuti panduan di bawah ini.

CARA LOGIN/LOG MASUK MYBPR KALI PERTAMA

Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran MyBPR, Log Masuk MyBPR adalah seperti berikut:

  1. Klik MyBPR di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/account/Login.aspx.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Klik Butang Semak.
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan.
  5. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Klik Log Masuk.
  7. Selesai.
  8. Anda boleh kemaskin maklumat atau semakan status melalui log masuk ini.
  9. Semoga bermanfaat untuk anda.

Baca juga : Cara Semak Kelulusan BPR B40

Bagaimana cara daftar akaun BPR?

Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran di laman rasmi BPR iaitu bpr.hasil.gov.my. Jika tidak jelas sila ke artikel ini untuk panduan lengkap cara pendaftaran akaun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

PERTANYAAN SOALAN DAN MASALAH

Jika anda mempunyai masalah ataupun pertanyaan anda boleh hubungi pihak talian Hotline BPR 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM yang berdekatan dengan anda. Artikel ini adalah bertujuan berkongsi sahaja, kami tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perndaftaran anda. Jadi sila berhubung dengan pihak yang berwajib di atas.

2 Comments

  1. Rojinah sarli September 19, 2021

Leave a Reply