semakan rayuan bpr fasa 2

SEMAKAN RAYUAN BPR FASA 2 : CHECK STATUS KEPUTUSAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

SEMAKAN RAYUAN BPR FASA 2 : CHECK STATUS KEPUTUSAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Untuk makluman anda, pada 15-30 Jun 2021 sebelum ini, pihak LHDN telah membuka peluang rayuan untuk mereka yang tidak lulus di dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Mereka yang lulus dalam rayuan ini akan menerima Bantuan Khas Covid19 (BKC) pada hujung bulan September 2021. Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) berdasarkan data lulus BPR.

Baca juga : DAFTAR AKAUN BPR 2021 ONLINE : CARA BUAT PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT MYBPR

“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian.

“Kita sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan BKC, di Triang di sini hari ini.

Mohd Shahar berkata, Kementerian Kewangan sentiasa mengemas kini data bagi mengelakkan orang ramai tercicir daripada menerima bantuan.

CARA SEMAKAN RAYUAN BPR FASA 2

Panduan Lengkap Cara Membuat Semakan Rayuan BPR Fasa 2 di bawah ini.

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Rayuan BPR di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/.

  2. Tekan Log Masuk BPR.

  3. Isi Nombor Kad Pengenalan anda.

  4. Tekan Semak.

  5. Masukkan Password anda. Jika anda terlupa Kata Laluan/Password sila ikuti panduan di bawah ini untuk cara dapatkan kembali.

  6. Klik Semak Status.

  7. Pada halaman ini, Status Permohonan Rayuan dan Bayaran anda di paparkan.

  8. Selesai.

Baca juga : Cara Check atau Semak GKP 4.0

CARA DAPATKAN KATA LALUAN BPR JIKA TERLUPA ATAU HILANG

  1. Sekiranya anda terlupa kata laluan semasa Log Masuk MyBPR, Klik link Terlupa Kata Laluan?
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Klik Semak.
  4. Paparan “Sila masukkan emel yang didaftarkan” akan dipaparkan. Anda perlu masukkan alamat emel yang didaftarkan pada Permohonan BPR 2021.
  5. Sekiranya alamat emel yang diisi adalah berdaftar pada Permohonan BPR 2021, Paparan “Sila semak emel anda untuk kata laluan baharu” dipaparkan.
  6. Anda perlu semak akaun emel untuk dapatkan kata laluan baharu.
  7. Paparan emel yang akan diterima seperti ini iaitu ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.
  8. Setelah menerima emel Kata Laluan Sementara, anda perlu log masuk semula MyBPR.
  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan sahkan kata kunci keselamatan.
  10. Paparan untuk masukkan Kata Laluan Baharu akan dipaparkan seperti di bawah.
  • Kata Laluan – Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan
  • Kata Laluan Baru – Kata Laluan yang perlu diset semula
  • Pengesahan Kata Laluan Baru – Masukkan semula Kata Laluan yang diset semula
Macam mana cara nak semak rayuan BPR yang saya buat sebelum ini?

Tuan/Puan boleh membuat semakan menerusi laman rasmi bpr.hasil.gov.my. Untuk panduan lengkap cara semakan rayuan anda, boleh ke artikel ini untuk ikuti toturial yang dikongsikan.

Bagaimana cara nak dapatkan balik password BPR jika lupa atau hilang?

Tuan/Puan boleh dapatkan balik password anda melalui klik link terlupa kata laluan atau nak lagi cepat dan mudah sila ke artikel ini untuk panduan lengkap cara dapatkan balik password yang hilang atau lupa.

One Response

  1. ABDUL JAYA October 15, 2021

Leave a Reply