CHECK GKP 4.0 : CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM500 SEPTEMBER/NOVEMBER 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK GKP 4.0 : CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM500 SEPTEMBER/NOVEMBER 2021

GKP 4.0 Bantuan RM1000 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021, Kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0.

Baca juga : LINK BKC SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN KHAS COVID19 FASA 1/2/3

Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu mengharungi tempoh yang masih mencabar pada ketika ini. Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) melibatkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan.

Penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan. Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021 secara dalam talian melalui Portal GKP.

Dengan adanya proses pendaftaran baharu ini, sebahagian daripada kalangan PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula. PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 30 Jun 2021.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.1 bilion. Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini.

CARA CHECK GKP 4.0 UNTUK SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Panduan Lengkap cara check GKP 4.0 untuk membuat semakan status kelulusan dan pembayaran.

  1. Layari laman web rasmi Semakan GKP 4.0 di pautan ini : https://gkp.hasil.gov.my/.

  2. Tekan Log Masuk.

  3. Pada halaman log masuk GKP sila masukkan ID Pengguna anda.

  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  5. Klik Semak.

  6. Sekiranya Kata Kunci anda terpapar, tekan Ya.

  7. Kemudian, masukkan Password/Kata Laluan anda.

  8. Tekan Log Masuk.

  9. Jika anda lulus,status bayaran GKP 4.0 akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak.

  10. Jika permohonan anda lulus, sila tunggu pambayaran akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam tarikh yang ditetapkan.

  11. Selesai.

Jika anda mempunyai persoalan dan pertanyaan boleh berhubung dengan pihak yang berwajib seperti di bawah ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hotline LHDN : 03-8911 1000

Laman Web LHDN : http://www.hasil.gov.my/index.php

Leave a Comment