SEMAK BRP : CARA CHECK RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 3 & 4 2021 UNTUK BUJANG DAN ISI RUMAH
Untuk makluman kepada pemohon rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi fasa 3 anda boleh mula membuat semakan menerusi portal rasmi seperti panduan yang kami kongsikan di bawah ini.
BPR adalah bantuan yang ditukar nama yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Jika anda penerima BSH sebelum ini, anda akan layak untuk menerima BPR ini.
Semakan status Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 18 September 2021. Semakan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR > Log Masuk BPR.
Baca juga : DAFTAR AKAUN BPR 2021 ONLINE
CARA SEMAK BRP DAN CHECK RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 3 & 4 2021
Panduan lengkap untuk semakan BPR dan juga rayuan Bantuan Prihatin Rakyat untuk Fasa 3 & 4 2021.
- Sila masuk ke portal rasmi Semakan BRP di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/.
- Klik Log Masuk BPR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan MyKad/ID Pengguna.
- Tekan Semak.
- Buat Pengesahan Kata Kunci Keselamatan anda.
- Masukkan Kata Laluan atau Password anda.
- Tekan Semak.
- Di ruangan utama, sila klik menu Semakan Status.
- Di bahagian Semakan Status akan dipaparkan Status Permohonan anda sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
- Jika permohonan rayuan anda berjaya, Status Pembayaran akan ditunjukkan di sini.
- Anda boleh semak pembayaran ke akaun anda jika permohonan anda lulus.
- Selesai.
SOALAN LAZIM
Semakan status Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 18 September 2021. Semakan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR > Log Masuk BPR.
Pembayaran Rayuan BPR 2021 adalah pada penghujung bulan September 2021. Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Surat Makluman Lulus Rayuan tidak dikeluarkan kepada pemohon tetapi makluman secara SMS akan dikeluarkan bagi pemohon yang mendaftarkan nombor telefon bimbit. Walau bagaimanapun, tarikh pengkreditan ke akaun dan penunaian adalah pada penghujung bulan September 2021. Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan tidak lulus, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan. Ini kerana kelulusan Rayuan BPR 2021 adalah MUKTAMAD.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Jika anda ingin membuat pertanyaan dan mempunyai soalan, sila hubungi pihak berwajib di bawah ini.
Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Emel : bpr@treasury.gov.my
Hotline BPR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747