SEMAK BPR : CARA CHECK STATUS KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAK BPR : CARA CHECK STATUS KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

BPR adalah Bantuan Prihatin Rakyat yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan berdasarkan data yang terdapat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk makluman anda, BPR adalah bantuan yang ditukar nama yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Oleh itu, jika anda masih lagi tidak faham dan masih lagi kurang jelas apa itu sebenarnya BPR ini, BPR ini adalah bantuan seperti BR1M dan juga BSH.

Jadi, jika anda merupakan penerima bantuan BSH sebelum ini anda boleh membuat kemaskini permohonan dan jika anda bukan penerima BSH sebelum ini dan mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000, anda dikehendaki membuat permohonan baru untuk mendapatkan bantuan ini.

Baca juga : Cara Daftar Akaun BPR

Kepada anda yang telah membuat permohonan dan ingin membuat semakan sama ada lulus atau tidak sebagai penerima BPR ini, anda boleh ikuti panduan di bawah ini dimana kami kongsikan kepada anda cara check status kelulusan BPR sedia ada dan juga cara semak status rayuan permohonan baru BPR.

SEMAK BPR CARA CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Ini adalah cara untuk membuat semakan status lulus atau tidak bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

  1. Sila layari laman web rasmi Semak Status BPR di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/.

  2. Klik Log Masuk BPR di bahagian atas.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan MyKad atau ID Pengguna.

  4. Tekan Semak.

  5. Tekan Ya jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan adalah kepunyaan anda.

  6. Masukkan Kata Laluan atau Password anda.

  7. Tekan Log Masuk.

  8. Di Halaman Utama BPR, sila klik Menu Semakan Status.

  9. Maklumat akan dipaparkan.

  10. Status Permohonan anda dan juga Maklumat Pembayaran (jika ada).

  11. Anda hanya perlu menunggu bayaran di buat ke akaun anda jika semakan status anda adalah lulus, pembayaran akan dibuat ke akaun anda.

  12. Selesai. Jika anda mempunyai soalan dan kekeliruan boleh hubungi pihak berwajid di bahagian maklumat lanjut di bawah.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Kepada anda yang membuat permohonan rayuan BPR sebelum ini anda boleh mula membuat semakan bermula 18 September 2021. Semakan status boleh dibuat dengan Log Masuk MyBPR.

Pembayaran Rayuan BPR 2021 pada penghujung September 2021 (tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa).

CARA SEMAK STATUS RAYUAN BPR 2021

  1. Untuk Check Status Rayuan BPR sila ke pautan ini : SEMAK BRP.
  2. Sila ikuti Panduan Semak Rayuan yang dikongsi.
  3. Klik Log Masuk BPR.
  4. Masukkan Nombor MyKad.
  5. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
  6. Masukkan kata laluan.
  7. Klik Menu Semakan Status.
  8. Maklumat yang akan dipaparkan.
  9. Status Permohonan Lulus atau Tidak Lulus.
  10. Maklumat Bayaran (Jika ada).
  11. Anda juga boleh check status rayuan anda menerusi talian hotline : BKK 1-800-88-2747.

SOALAN LAZIM

Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan DALAM PROSES PENGKREDITAN?

DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada pembayaran BPR 2021 dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan pada Status Kredit adalah Gagal Kredit. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Bayaran BPR 2021 berkenaan?

Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan PEMBAYARAN SECARA TUNAI?

PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BPR 2021 secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BPR 2021 di Kaunter BSN mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin. Adakah saya layak untuk menerima BPR 2021?

Pemohon atau pasangan yang telah menerima Geran Khas Prihatin tidak layak untuk menerima BPR 2021.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sekretariat BPR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592 WP Putrajaya.

Hotline BPR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566

Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747

E-mel : bpr@treasury.gov.my

Leave a Comment