VAKSIN ANAK KU : CARA DAFTAR PEMBERIAN VAKSIN COVID 19 KANAK-KANAK & REMAJA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

VAKSIN ANAK KU : CARA BUAT PENDAFTARAN PEMBERIAN VAKSIN COVID 19 KEPADA REMAJA

Untuk makluman anda, vaksin anak ku adalah portal yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai permulaan awal pemberian Vaksin Covid 19 kepada remaja.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada kenyataan berkata, semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta diminta mendaftarkan institusi masing-masing di portal terbabit, manakala ibu atau bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera.

Baca juga : HARGA IPHONE 13 MALAYSIA : SENARAI PRICE VERSI STANDARD, MINI, PRO DAN PRO MAX

Ibu bapa dikehendaki mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk membolehkan remaja mendapatkan sijil vaksinasi digital MySejahtera masing-masing.

Pihak KKM menawarkan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 dan 17 tahun, yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid. Program ini juga mensasarkan murid di sektor pendidikan swasta, remaja dalam institusi perlindungan dan pemulihan serta remaja dalam komuniti seperti remaja gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.

Untuk makluman anda, jenis vaksin yang akan digunakan adalah Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech. Vaksin itu sudah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). CITF-A berkata, dua dos suntikan akan diberikan kepada remaja manakala proses pemberian akan dilakukan melalui beberapa kaedah.

Untuk remaja yang akan menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah berasrama penuh atau asrama harian, janji temu vaksin bagi dos pertama pemberian vaksin akan diberikan di klinik swasta atau sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, manakala dos kedua akan diberikan di sekolah masing-masing atau di lokasi pemberian dos pertama, sekiranya sekolah mereka belum beroperasi.

Melalui kaedah kedua, ia khusus untuk remaja dengan komorbid dengan mereka perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.

Untuk kaedah ketiga, bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga, mereka akan diberikan temu janji ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.

CARA REGISTER VAKSIN ANAK KU

Semua institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui yang disediakan bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Panduan Lengkap Cara Register Vaksin Anak Ku.

  1. Sila layari laman web rasmi Vaksin Anak Ku di pautan ini : https://vaksinanakku.herokuapp.com/.

  2. Daftar sebagai Pengguna Baru.

  3. Login dan isikan maklumat untuk mendapatkan vaksin.

  4. Ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah.

  5. Manakala bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Sumber artikel ini di petik dari portal harian metro : Portal Vaksin-Anak-Ku untuk daftar vaksin Covid-19 remaja

Apa itu Vaksin Anak Ku?

Vaksin Anak Ku adalah portal yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertindak sebagai langkah awal pemberian vaksin Covid 19 untuk remaja.

2 thoughts on “VAKSIN ANAK KU : CARA DAFTAR PEMBERIAN VAKSIN COVID 19 KANAK-KANAK & REMAJA”

Leave a Comment