KENAPA KKM MENGGUNAKAN CODE BIRU SEBELUM INI CODE MERAH UNTUK STATUS TERKINI COVID19 DI MALAYSIA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KENAPA KKM MENGGUNAKAN CODE BIRU SEBELUM INI CODE MERAH UNTUK STATUS TERKINI COVID19 DI MALAYSIA?

JOM! Kita ikuti perkongsian daripada Doktor Ariff Hafizi tentang code warna yang digunakan telah ditukarkan dari merah ke biru.

Menjadi persoalan kepada semua warga Malaysia kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan code biru untuk update status terkini harian Covid19 di Malaysia.

Dah 2 hari KKM unofficially declare code blue utk covid. Maybe sbb overflow covid pts dekat hospital2 dengan kekurangan tenaga kerja dan faktor frontliner yg sudah penat disebabkan pandemik ni dah berlarutan almost 2 years now(lagi 4 bulan, bulan 12). Tgk ramai yg bash kkm page sbb tukar biru, mungkin x tahu code blue tu ape.

Dlm perkhidmatan kkm, ada a few code yg ktorg guna seperti di bawah. Hrp2 lepas ni boleh tukar code yellow atau code clear.

1. KOD MERAH (CODE RED)

Kod merah lazimnya digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan kebakaran, sama ada kebakaran harta, bangunan, kenderaan, alatan atau lain-lain perkara didalam kawasan institusi (hospital) terbabit.

2. KOD BIRU (CODE BLUE)

Kod biru adalah kod yang diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada individu yang melibatkan bidang perubatan (medical emergency), lazimnya berkenaan dengan cardiac arrest dan respiratory arrest.

Algorithm BLS dan ALS (cardiopulmonary resuscitation, defibrillation, dsb) akan dimulakan serta merta terhadap pesakit yang terlibat mengikut keperluan dan keadaan pesakit.

Mungkin kkm nk mtk bantuan kecemasan utk handle covid sbb kes harian >20k. Wallahualam

3. KOD JINGGA (CODE ORANGE)

Kod jingga pulang adalah kod yang digunakan untuk keselamatan orang awam tatkala berlaku bencana diluar atau didalam kawasan hospital, contohnya gempa bumi, banjir, kapal terbang terhempas, kemalangan besar jalan raya, dan sebagainya.

4. KOD PERANG (CODE BROWN)

Kod perang adalah kod yang dikeluarkan apabila biohazard, risiko bioterrorism

5. KOD HITAM (CODE BLACK)

Kod hitam diaktifkan apabila terdapat sebarang tanda, amaran atau risiko yang melibatkan bahan letupan dan keganasan teroris, objek dikhuatiri bahaya atau lebih mudah, “bomb, terrorism and suspicious package threat”.

6. KOD PUTIH (CODE WHITE)

Kod putih pula adalah kod untuk kes kecemasan kekasaran yang melibatkan tebusan dihospital, sama ada melibatkan satu individu atau beberapa orang.

Baca juga : CARA NAK DAFTAR BSN ONLINE BANKING 2021/2022

Leave a Comment