BANK RAKYAT APPOINTMENT ONLINE : PERMOHONAN TEMUJANJI E-JANJI TEMU 2021

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANK RAKYAT APPOINTMENT ONLINE : PERMOHONAN TEMUJANJI E-JANJI TEMU 2021

Untuk pengetahuan para pelanggan Bank Rakyat, jika anda ingin membuat urusan di cawangan berdekatan anda, anda dikehendaki membuat Bank Rakyat appointment online sebelum melakukan urusan. Hal ini disebabkan, pihak Bank Rakyat ingin mengawal dan mengelak dari berlakunya penyebaran Covid19 akibat daripada urusan secara walk in.

Pihak anda boleh membuat temujanji Bank Rakyat online menerusi sistem e-Appointment atau e-Janji Temu bagi memudahkan urusan pihak anda. Sistem temujanji online e-Janji Temu dan e-Appointment ini diperkenalkan kepada semua pelanggan oleh Bank Rakyat untuk memudahkan urusan semasa waktu pandemik ini. Melalui e-Janji Temu dan e-Appointment ini boleh mengurangkan risiko jangkitan kepada pelanggan yang datang.

Baca juga : CARA ISI E GRADUAN (EGRADUAN.MOE.GOV.MY)

eAPPOINTMENT BANK RAKYAT

eAppointment adalah platform yang diperkenalkan kepada pelanggan untuk membuat permohonan janji temu secara dalam talian untuk mendapatkan perkhidmatan di cawangan Bank Rakyat pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Platform ini dilancarkan oleh Bank Rakyat sebagai langkah proaktif Bank untuk memberi pengalaman pelanggan yang hebat (Great Customer Experience) serta menyokong inisiatif Kerajaan untuk mengamalkan norma baharu atau ‘new normal’. Memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat janji temu secara dalam talian dan mengurangkan tempoh masa menunggu di bank. Antara jenis perkhidmatan yang disediakan untuk temujanji adalah temujanji Ar Rahnu dan temujanji transaksi bank.

Sila baca juga tentang bantuan My Kasih jika anda masih lagi belum memohon : MY KASIH REGISTER 2021.

JENIS PERKHIDMATAN UNTUK APPOINTMENT ONLINE

Pelanggan boleh memilih sama ada ingin membuat janji temu bagi urusan berikut :

  • Temujanji Ar Rahnu
  • Temujanji Transaksi Bank

Untuk Janji Temu Transaksi Perbankan, anda boleh lakukan perkhidmatan seperti berikut :

  1. Pembukaan Akaun: Buka akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBiz.
  2. Pengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka.
  3. Penghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter.
  4. Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji.
  5. Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-i.
  6. Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan.
  7. Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaun.
  8. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank.
  9. Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja).

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda cara buat temujanji bank rakyat guna eAppointment.

BANK RAKYAT APPOINTMENT ONLINE

Berikut adalah cara buat temujanji Bank Rakyat serta Bank Rakyat Appointment Online :

  1. Sila masuk ke laman web eAppointment di bawah.

    Layari laman web temujanji online : https://appointment.bankrakyat.com.my/

  2. Klik Janji Temu Baharu.

    Sila pilih Negeri anda berada. Sila pilih jenis Perkhidmatan yang anda mahukan sama ada Ar-Rahnu atau Transaksi Perbankan seperti buka akaun. Dan pilih Perkhidmatan yang anda mahukan.

  3. Pilih Cawangan yang berdekatan dengan anda.

    Sila pilih Cawangan yang anda mahukan dan seeloknya yang berdekatan dengan anda dan pilih Masa yang anda mahukan yang tersedia di dalam jadual.

  4. Kemudian, Isi Butiran Diri anda.

    Sila isi maklumat diri anda dengan lengkap.

  5. Sila Semak semua butiran yang anda lengkapkan tadi.

    Pastikan semua butiran yang anda isi semuanya benar dan lengkap.

  6. Buat Pengesahan.

    Buat pengesahan untuk melengkapkan temujanji Bank Rakyat online anda.

  7. Kemukakan bukti pengesahan janji temu atau nombor tempahan ketika hadir berurusan di cawangan (SMS atau e-mel yang diterima oleh pelanggan).

  8. Selesai.

    Jika anda ingin membuat semakan temujanji bank rakyat online, boleh lihat di bawah ini.

CARA BUAT SEMAKAN JANJITEMU BANK RAKYAT ONLINE

Ini merupakan cara buat semakan janjitemu :

  1. Layari laman web rasmi : https://appointment.bankrakyat.com.my/.
  2. Klik Semak Janji Temu.
  3. Sila masukkan Nombor Tempahan Janji Temu atau Booking Reference Number anda.
  4. Tekan Search.
  5. Maklumat Tempahan Janji Temu anda dipaparkan.
Bagaimana untuk saya buat temujanji Bank Rakyat Ar Rahnu?

Anda boleh buat di eAppointment. Rujuk di dalam artikel ini.

Bagaimana cara buat temujanji Bank Rakyat?

Anda masuk ke laman web eAppointment selepas itu, lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki. Dan isi masa dan tarikh yang anda mahukan. Jika anda masih kurang jelas sila masuk ke dalam artikel ini, pihak kami telah kongsikan panduan untuk anda isi maklumat temujanji online.

How to make Bank Rakyat Appointment Online?

Dear Customers, go to eAppointment and fill all the information and set your date and time to book your slot. If you want know more about the step, click this article and you will get all the informations.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai persoalan atau ingin maklumat lanjut sila rujuk di bawah ini :

Lama web rasmi eAppointment : https://appointment.bankrakyat.com.my/.

Twitter : https://twitter.com/myBankRakyat

Bank Rakyat Hotline : 1-300-80-5454

2 thoughts on “BANK RAKYAT APPOINTMENT ONLINE : PERMOHONAN TEMUJANJI E-JANJI TEMU 2021”

Leave a Comment