GO+ TOUCH N GO : CARA DAFTAR AKAUN GO+ TNG PATUH SYARIAH 2021
Untuk pengetahuan semua yang berminat untuk membuat pelaburan di GO+ Touch N Go eWallet, berita gembira buat semua yang berminat kerana akhirnya pelaburan GO+ TNG telah dilabelkan sebagai pelaburan yang patuh syariah. Berita ini telah membuatkan ramai gembira yang sebelum ini ragu-ragu untuk membuat pelaburan GO+ kerana dikatakan tidak patuh syariah.
Dengan pengumuman yang gembira ini, pasti ramai yang beragama Islam yang juga merupakan pengguna TNG akan memanfaatkan pelaburan yang telah dilancarkan ini. Melalui pelaburan ini pengguna akan melabur di dalam akaun Go+ mereka dan akan mendapat pulangan secara harian.
Jika anda masih lagi tidak tahu apa itu touch n go ewallet go+ boleh baca di bawah ini. Pihak kami akan menerangkan kepada anda.
Baca juga : Cara Buat Bank Rakyat Appointment Online
APA ITU TNG EWALLET GO+
Touch n go ewallet go+ adalah ciri yang telah diperkenalkan pada Mac lepas, membolehkan pengguna membuat pelaburan menggunakan baki dompet digital, atau membuat pelaburan melalui perbankan atas-talian. Untuk anda yang berminat, boleh melakukan pelaburan di TNG EWALLET GO+ pada dompet digital TNG eWallet bermula hari ini pada nilai permulaan serendah hanya RM10. Anda kini sudah melabur menggunakan Go+online dengan pulangan sebanyak 1.43% p.a. (per annum) dan mungkin berbeza dari hari ke hari.
Jika anda berminat untuk membuat pendaftaran touch n go plus, pihak kami juga berkongsi kepada anda panduan pendaftaran di bawah ini.
CARA DAFTAR GO+ TOUCH N GO
Berikut adalah cara daftar akaun Go+ TNG eWallet :
- Untuk melayakkan anda menggunakan akaun Go+, terlebih dahulu anda perlu membuat pengesahan akaun serta naik taraf akaun Touch ‘N Go eWallet kepada akaun premium dengan menghantar maklumat peribadi bersama matlumat ID.
- Jika anda sudah upgrade ke akaun premium, sila buka dan login TnG eWallet anda.
- Di halaman utama sila klik pada icon Go+.
- Pada Halaman bawah Go+,tekan Upgrade Now.
- Sila masukkan Maklumat Peribadi anda dan lengkapkan maklumat diri anda.
- Kemudian, klik Submit.
- Sebagai permulaan pelaburan, anda perlu memasukkan nilai pelaburan serendah RM10 sama ada menggunakan FPX Online Banking atau baki eWallet anda.
- Klik Next.
- Buat Pembayaran.
- Jika sudah siap pembayaran, sila lihat di halaman pelaburan anda akan menjadi RM10.
- Selesai.
Baca juga : Cara Daftar BSN Online Banking
Untuk pengetahuan anda, permulaan kemunculan TnG eWallet mengumumkan ciri pelaburan ini tidak patuh syariah tetapi ianya hanya permulaan dan kini pelaburan ini mesra muslim dan kini tiada keraguan untuk orang ramai terutamanya orang Islam untuk melabur menggunakan pelaburan ini.
Pulangan sebanyak 1.43% per annum dan mungkin akan berbeza setiap hari. Pastikan anda fahami dahulu konsep pelaburan ini sebelum anda melabur dengan jumlah yang besar. Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri.
Buat masa ini modal minimum adalah RM10 sahaja. Jika anda berminat untuk membuat pendaftaran sila ke artikel ini untuk panduan pendaftaran TnG eWallet GO+.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan masalah, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah :
Laman web rasmi TnG support : https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my
Laman web rasmi TnG Go+ : https://goplus.tngdigital.com.my/