DISKAUN SAMAN JPJ 2021 70% BERMULA 18 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER (CHECK SAMAN & CARA BAYAR SAMAN ONLINE)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DISKAUN SAMAN JPJ 2021 70% BERMULA 18 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER (CHECK SAMAN & CARA BAYAR SAMAN ONLINE)

Berikutan pengumuman daripada pihak JPJ bahawasanya bermula pada 18 Ogos sehingga 16 September 2021, pihak JPJ telah memberi diskaun saman JPJ. Berita gembira ini dapat membuatkan mereka yang mempunyai saman yang belum dijelaskan dapat membayar saman dengan harga yang murah.

Melalui satu pengumuman daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pemberian diskaun ini adalah sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia. Diharapkan dengan pemberian diskaun ini boleh meringankan bebanan kepada mereka yang masih lagi mempunyai saman yang masih lagi belum dijelaskan.

Untuk pengetahuan anda, JPJ akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

Baca juga : Cara Renew Roadtax Motor/Kereta Tanpa Perlu Ke JPJ

SAMAN JPJ

Saman JPJ merupakan rekod notis atau saman akan dikenakan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan di jalan raya.

Di bawah ini pihak kami kongsikan kepada anda serba sedikit tentang tawaran pengurangan atau diskaun 70% saman JPJ bagi bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2021 ini.

CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN JPJ 2021 70%

Pihak anda boleh mendapatkan diskaun saman JPJ 70% jika anda membayar saman dalam tarik diskaun saman JPJ 2021 iaitu tempoh bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021. Pembayaran saman boleh dibuat melalui semua pejabat JPJ Negeri, cawangan dan UTC serta kiosk JPJ dan juga melalui MySikap.

SENARAI SAMAN DISKAUN JPJ 70%

Antara berikut adalah senarai semakan tawaran pengurangan saman JPJ 70% diberikan kepada semua kesalahan yang dikeluarkan :

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333).
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334).
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya.
  • Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
  • Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

Untuk maklumat anda, tawaran pengurangan saman ini berkuatkuasa bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021.

CHECK SAMAN JPJ

Pihak kami kongsikan kepada anda cara untuk buat check saman Jabatan Pengangkutan Jalan online di bawah ini. Anda boleh semak sama ada anda mempunyai saman yang masih lagi tidak dijelaskan ataupun sudah tiada.

  1. Masuk ke laman web rasmi di sini : https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-saman
  2. Klik butang carian.
  3. Sila pilih pilihan semakan samaada menggunakan No ID anda ataupun No ID dan No Kenderaan anda.
  4. Pilih kategori ID tersebut.
  5. Masukkan Kod Keselamatan yang dipaparkan di skrin anda.
  6. Paparan skrin akan paparkan saman anda jika anda mempunyai saman yang belum dijelaskan.

CARA BAYAR SAMAN JPJ ONLINE GUNA MYSIKAP

Untuk anda yang memiliki saman yang ingin dijelaskan dalam tarikh diskaun saman JPJ ini boleh melakukan dengan kadar segera hanya guna MySikap. Jika anda ingin membuat bayaran saman diskaun online melalui MySikap sila ikuti panduan di bawah ini.

  1. Masuk ke laman web rasmi MySikap di bawah.

    Sila masuk ke portal di sini : https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.

  2. Jika anda sudah daftar MySikap boleh terus guna ID Pengguna anda.

    Sekiranya anda masih lagi belum mendaftar sila buat pendaftaran kali pertama.

  3. Untuk yang sudah daftar, sila tick kategori ID Individu.

  4. Masukkan ID Pengguna anda.

  5. Masukkan Kata Laluan anda.

  6. Sila isi Kod Sekuriti yang diberikan di bawah kotak.

  7. Tekan Log Masuk.

  8. Kemudian, pilih menu Kesalahan Dan Penalti.

  9. Tekan butang Cari untuk melihat saman jika ada.

  10. Sila lihat pada Status Kompaun.

  11. Jika status menunjukkan Boleh Dikompaun bermakna saman anda boleh dibayar dengan MySikap.

  12. Klik Kotak Kecil.

  13. Jumlah Saman anda akan dipaparkan mengikut diskaun yang telah diperolehi.

  14. Pilih Kaedah Pembayaran.

    Pilih kaedah yang menyenangkan anda.

  15. Sila buat Pembayaran.

  16. Tekan Teruskan.

  17. Isi No TAC yang dihantar di nombor telefon anda.

  18. Simpan Resit pembayaran untuk tujuan rujukan.

  19. Selesai.

Bilakah tarikh diskaun saman JPJ 2021?

Bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021. Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia.

Bagaimana cara dapatkan diskaun saman JPJ?

Pastikan anda jelaskan saman yang tertunggak sebelum tarikh tamat diskaun saman JPJ iaitu pada 16 September 2021. Untuk bayar saman JPJ online guna MySikap boleh ikuti panduan lengkap di dalam artikel ini.

Cara nak check saman JPJ online?

Anda boleh check saman JPJ secara online melalui website https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-saman.

Adakah betul diskaun 70% untuk saman JPJ jika bayar bulan Ogos ini?

Betul. Bermula 18 Ogos 2021 anda akan mendapat potongan kompaun sebanyak 70%. Jadi jelaskan sebelum tarikh tamat tempoh diskaun saman JPJ.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai persoalan yang berkaitan JPJ anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib seperti di bawah :

Laman web rasmi JPJ : https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/utama

Hotline JPJ : 03 8000 8000

Twitter : https://twitter.com/jpj_malaysia?lang=en

1 thought on “DISKAUN SAMAN JPJ 2021 70% BERMULA 18 OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER (CHECK SAMAN & CARA BAYAR SAMAN ONLINE)”

  1. Bole tak Saman makamah di compound Kan kerana Saya banyak Saman yang perlu bayar kebanyakan Saman sepatutnya di bayar oleh majikan Saya itu sebab blacklist kerana Masih memandu Lori tanpa license Dan Saman pun bertambah oleh itu Saya meminta jasa Baik tuan dapat menolong Saya dengan bayaran Satu lum sum ke atas semua Saman blacklist Saya untuk mendapatkan lesen memandu Saya Dan boleh bekerja tetap sebagai pemandu Lori di mana sekarang tidak tetap katanga di berhenti Kan kerana lesen memandu no ic Saya Baru 640310055345 lama 7294570

    Reply

Leave a Comment