MACAM MANA NAK DAFTAR BSN ONLINE BANKING : CARA REGISTER MYBSN 2023
Untuk pengetahuan anda, Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melancarkan BSN online banking untuk kemudahan kepada pelanggan mereka. Jika anda sebelum ini membuat urusan hanya menerusi cawangan ataupun di pejabat BSN, sekarang anda sudah boleh membuat urusan BSN secara online hanya di rumah sahaja.
Portal yang dikenali sebagai myBSN ini akan memberi manfaat kepada semua pelanggan BSN terutamanya kepada anak yang memiliki ibu bapa warga emas yang sukar untuk pergi ke bank berdekatan. Anak anda atau anda sendiri boleh membuat semakan baki akaun, transfer duit, serta urusan perkhidmatan lain hanya menggunakan myBSN ini.
Jadi pihak kami ingin kongsikan kepada anda cara bagaimana untuk register BSN online banking ini kepada anda atau ibu bapa anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat memudahkan urusan pihak anda dari masa ke semasa.
Sebelum teruskan kepada pendaftaran di bawah ini kami ingin berkongsi kepada antara jenis perkhidmatan yang terdapat di dalam myBSN. Melalui myBSN anda akan menikmati perkhidmatan seperti senarai di bawah ini.
Baca juga : CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE MELALUI MYASNB
SENARAI PERKHIDMATAN MYBSN
Antara berikut adalah beberapa senarai servis yang wujud di dalam myBSN :
- Semakan baki akaun BSN
- Rekod transaksi deposit dan kad debit
- Pemindahan dana atau transfer duit dari bank BSN ke akaun lain
- Pembayaran bil utiliti dan lain-lain
- Pembayaran Kad Kredit
- Permohonan PIN Kad Kredit
- Kemaskini had pembelian, status transaksi luar negara, lapor kad hilang atau dicuri
- Simpanan e-SSP
- Pembelian PIN dan ID unik secara dalam talian untuk belajar di pengajian tinggi
- Topup atau tamabah nilai prabayar
- Pembayaran pembiayaan atau pinjaman
- Boleh muat turun atau download e-penyata BSN
- Permohonan untuk e-saver dan kad kredit
Sekarang anda sudah tahu betapa banyaknya kelebihan jika anda mendaftar dengan myBSN. Pelbagai perkhidmatan yang anda boleh buat hanya secara online tanpa perlu keluar rumah seperti sebelum ini. Jimat masa anda dan dapat kurang risiko jangkitan Covid19.
Di bawah ini adalah cara register bsn online banking kepada mereka yang pertama kali atau pengguna baru.
MACAM MANA NAK DAFTAR BSN ONLINE BANKING
Cara untuk daftar BSN online banking melalui myBSN adalah seperti yang ditunjukkan di bawah. Sila ikuti panduan ini secara terperinci.
- Masuk ke portal rasmi myBSN. Pautan boleh di dapati di bawah.
Sila masuk ke myBSN : https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do
- Paparan myBSN menunjukkan FIRST TIME REGISTRATION.
- Klik ACCEPT.
- Tekan NEXT.
- Kemudian, sila masukkan NOMBOR KAD DEBIT/ATM anda.
- Isi CVV2
Sila isi nombor CVV2 ini yang berapa di belakang kad debit anda. 3 nombor akhir adalah CVV2 anda.
Rujuk gambar di bawah jika masih tidak jelas. - Kemudian, masukkan EXPIRY DATE KAD DEBIT/ATM anda.
- Seterusnya, sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
- Tekan NEXT.
- Cipta dan reka ID PENGGUNA anda.
Untuk anda login selepas selesai pendaftaran.
- Cipta PASSWORD/KATA LALUAN anda.
Pastikan anda simpan dan ingat password yang anda isi.
- Tekan REQUEST OTP
- NOMBOR OTP anda akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui pesanan SMS.
- Sila masukkan NOMBOR OTP tadi untuk meneruskan pendaftaran.
- Pilih GAMBAR KESELAMATAN anda.
- Jika pendaftaran myBSN anda berjaya, paparan skrin anda akan menunjukkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.
- Pendaftaran anda telah BERJAYA, sila login semula untuk teruskan pendaftaran di laman web di bawah ini.
Sila log masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Password yang anda cipta tadi di laman web myASB login : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do.
- Masukkan USERNAME/ID PENGGUNA anda.
- Tekan LOGIN.
- Tekan YA atau TIDAK untuk GAMBAR KESELAMATAN.
Jika keluar gambar yang anda pilih semasa pendaftaran tadi bermaksud ID Pengguna anda adalah betul dan anda boleh terus masukkan Kata Laluan/Password anda.
- Masukkan PASSWORD/KATA LALUAN anda.
- Tekan LOGIN sekali lagi.
- Di paparan skrin anda jika anda sebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
- Jika sudah selesai maka pendaftaran BSN online banking anda BERJAYA.
- Anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan di dalam myBSN ini.
Saya nak register akaun bank BSN sbab first timer nak buat kad bank
Sy nk register akaun bank BSN sbb first time nk buat..
Saya nak tukar password baru
Mcm mna nk tkar no Tel sy
Saya sudah berkali kali call Customer servis bsn di Hotlink 1300881900.untuk pertanyaan nombor telefon jitajhon Guna tidak menerima OTP request dan berkali kali pergi ke cawangan bank BSN untuk pengetahuan akaun online banking Jitajhon masih lagi tidak aktif sudah call Customer servis bank BSN.jawab anda kena datang dan pergi ke cawangan bank BSN.bila tiba ke cawangan bank BSN untuk buat pertanyaan kenapa bank online jitajhon Masih lagi tidak aktif kerana nombor telefon jitajhon Guna belum lagi di daftarkan untuk menerima OTP bank online register.bolehkah bagi keterangan seterusnya untuk dapat aktifkan akaun bank online banking Jitajhon.hampir sebulan kena tunggu.kata 24jam masa suda lebih dan tharik.untuk jitajhon pengetahuan adakah cara pihak bank BSN bagi dengan cara mudah untuk aktifkan online bankingnya.
Sya tidak boleh register macam mna cara
Kad bank bsn saya rosak