APPLY MYBKM : PERMOHONAN, PENDAFTARAN, REGISTER, LOGIN STR.HASIL.GOV.MY 2023 ONLINE
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM) ini adalah gantian atau pembaharuan serta penambah baikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, bantuan ini telah ditambah dari segi jumlah bayarannya kepada jumlah yang relevan untuk pada masa sekarang.
Untuk makluman anda, Permohonan Baru, Semakan dan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia telahpun dibuka bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
Adakah perlu buat urusan apply, daftar, register, permohonan baru dan check atau semakan status Bantuan Keluarga Malaysia? Bagaimana untuk login atau log masuk myBKM?
BACA JUGA : LINK KEMASKINI BKM 2022 : CARA SEMAK SEMULA MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
APPLY MYBKM
Anda boleh buat Permohonan Baru melalui online di Portal Rasmi BKM. Rujuk Panduan di dalam artikel.
Adakah semua pemohon BKM perlu mendaftar semula MyBKM?
Pendaftaran MyBKM perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BKM 2022 dan tidak pernah mendaftar sebelum ini.
Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 atau BKC dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBKM.
Join Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.
PANDUAN LENGKAP APPLY/REGISTER/DAFTAR MYBKM 2022 ONLINE PERMOHONAN BARU.
- Tekan Link Rasmi Apply Permohonan Baru MYBKM 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/.
- Pastikan anda membuat Permohonan Baharu BKM terlebih dahulu sebelum anda Apply/Daftar Akaun MyBKM ini.
Sila ikuti Panduan Permohonan Baharu BKM 2022 di sini : BKM HASIL GOV MY : LINK SEMAKAN DAN PERMOHONAN 2022 ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA.
- Jika anda sudah selesai membuat Permohonan Baharu BKM 2022, sila Klik [LOG MASUK BKM].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan disediakan.
- Anda akan dibawa ke Halaman Maklumat Keselamatan.
- Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul.
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BKM 2022
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul. - Pendaftaran MyBKM (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan).
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati.
1. Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak
dibenarkan.
2. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk
MyBKM. - Jawab 5 Soalan yang disediakan.
1. Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan.
2. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan. - Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak.
- Sekiranya betul, klik [Teruskan].
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik [Daftar].
1. Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor
dan simbol.
2. Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati.
3. Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKM. - Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBKM”. Anda boleh Log Masuk MyBKM.
Lihat Panduan Log Masuk/Login MyBKM di bawah.
- Selesai.
LOGIN/LOG MASUK MYBKM 2022 ONLINE
Menerusi Portal Rasmi myBKM. Sila ke artikel ini untuk Rujukan Lengkap.
- Klik Log Masuk atau Login MyBKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Klik Butang Semak.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan.
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Klik Log Masuk.
- Anda berjaya Log Masuk akaun MyBKM anda.
MyBKM adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BKM 2022 untuk tujuan :
- Kemas Kini Permohonan
- Semakan Status Permohonan
- Cetakan permohonan
- Peti Mel
- Maklum Balas
SEMAKAN/CHECK STATUS BKM 2022 ONLINE
Kepada anda yang ingin membuat semakan/check status BKM 2022 melalui online boleh rujuk di sini :
CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE
NOMBOR HOTLINE/CUSTOMER SERVICE BKM HASIL LHDN
Untuk maklumat lanjut mengenai BKM 2022, talian dan emel di bawah:
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Customer Service BKK MoF : 03 8882 4565
- E-Mel : bkm@treasury.gov.my.
Forget Password