cara check status bkm

CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE (SEMAKAN BAYARAN FASA 3)

CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE (SEMAKAN BAYARAN FASA 3)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang ditambahbaik berbanding bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak dan lebih bersasar mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 3 2022 telahpun diumumkan. Pembayaran bantuan tersebut akan dibuat bermula pada 20 September 2022. Pembayaran kepada penerima sedia ada Lulus BKM 2022 dan permohonan Lulus Rayuan.

Macam mana cara nak check atau semakan status bayaran Bantuan Keluarga Malaysia? BKM Fasa 3 bila masuk? Apakah tarikh BKM Fasa 3?

TARIKH BKM FASA 3 2022

Sepertimana yang diumumkan, tarikh BKM Fasa 3 akan dikreditkan bayarannya bermula pada 20 September 2022 secara berperingkat.

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 20 September 2022 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN mulai 20 September 2022 (termasuk di Sabah / Sarawak).

SIAPAKAH YANG LAYAK TERIMA PEMBAYARAN BKM FASA 3 2022?

Pemohon di dalam kategori seperti yang dinyatakan di bawah akan layak menerima bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 2022 :

  • Isi Rumah atau Ibu Bapa Tunggal (IBT) ada anak.
  • Warga Emas berstatus Kahwin atau Bujang ataupun Tiada Pasangan.
  • Kategori Bujang.

BKM FASA 2 BUJANG

Untuk makluman pemohon yang berstatus Bujang, anda akan menerima bayaran BKM Fasa 3 ini sebanyak RM150 (tertakluk kepada pindaan yang telah dibuat).

CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE

Cara check status BKM adalah dimana pemohon boleh membuat semakan BKM Fasa 3 melalui online. Berikut adalah cara check status BKM secara online Fasa 3 2022 :

  1. Sila log masuk ke portal BKM : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan adalah kepunyaan anda.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password akaun myBPR atau myBKM anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal Online Bantuan Keluarga Malaysia.
  9. Untuk Check Status permohonan, Klik [Semakan Status].
  10. Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
  11. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
  • Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
  • Nama Penerima.
  • Fasa Pembayaran.
  • Jumlah dikredit.
  • Status Kredit.
  • Nama Bank.
  • Nombor Akaun Bank.

Baca di sini untuk Cara dan Link Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia 2022 : LINK KEMASKINI BKM 2022 : CARA SEMAK SEMULA MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN BKM 2022

Sila ke Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini untuk Info Pantas Tarikh Semak Status Lulus atau Tidak BKM 2022 di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia2022.

Berikut adalah cara buat semakan status kelulusan permohonan BKM 2022 :

  1. Sila log masuk ke portal BKM : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan adalah kepunyaan anda.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password akaun myBPR atau myBKM anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal Online Bantuan Keluarga Malaysia.
  9. Untuk Check Status BKM Lulus atau Tidak, Klik [Semakan Status].
  10. Kemudian lihat [Status Permohonan].
  11. Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti Status Bayaran, Jumlah Bayaran dan Tarikh Fasa akan dipaparkan.
  12. Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.

JUMLAH PEMBAYARAN BKM FASA 3 2022

Kepada pemohon yang tidak jelas berapakah jumlah pembayaran BKM Fasa 3 2022 yang akan diterima boleh rujuk di bawah ini :

Info lebih lanjut : BKM 2022

SOALAN LAZIM BKM FASA 3 2022

Bagaimanakah cara check status BKM Bujang Fasa 3 2022?

Kepada pemohon kategori Bujang, anda boleh membuat semakan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini melalui online di portal rasmi MyBKM.

Bilakah tarikh pembayaran BKM Fasa 3?

Bayaran akan mula dibuat pada 20 September 2022 secara berperingkat.

Berapakah jumlah bayaran BKM Fasa 3 ini?

Kadar bayaran tidak sama bagi setiap kategori. Anda boleh rujuk di dalam artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berapa bayaran yang anda akan dapat mengikut kategori yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika pemohon ingin mengetahui maklumat lanjut & membuat pertanyaan tentang check status BKM. Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut : 1-800-88-2747 atau 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.

10 Comments

  1. Fu Chee heng January 12, 2022
  2. Bro Rie March 16, 2022
  3. Azimah binti Arifin March 19, 2022
  4. syefo March 19, 2022
  5. Saleh bin md alo March 20, 2022
  6. Halim Bin Naian March 20, 2022
  7. Nur Hidayah March 25, 2022
  8. Norshima hasni bte shari March 28, 2022
  9. Shamsuddin bin Ibrahim March 28, 2022

Leave a Reply