STR 2023 : SEMAKAN FASA 4 SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan secara rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
PM telah memutuskan supaya Sumbangan Tunai Rahmah untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Bagaimanakah semakan/check status str hasil 2023? Apakah portal rasmi online login/log masuk Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti keterangan lanjut di sini.
APA ITU STR
STR adalah singkatan nama bagi Sumbangan Tunai Rahmah. Ia adalah bantuan dalam bentuk tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemohon yang berkelayakan bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari ini.
Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Disebabkan penubuhan kerajaan baharu Malaysia, maka perubahan pada nama bantuan telah dilakukan serta penambahbaikan juga dilaksanakan.
CARA SEMAKAN STR HASIL
Cara semakan STR Hasil 2023.
- Buka Portal Rasmi STR Hasil.
Tekan Pautan Rasmi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- Login / Log Masuk Pemohon.
Sila masukkan Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad. Tekan “Log Masuk”.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
Tekan “Ya” jika Frasa Keselamatan adalah betul seperti yang anda tetapkan.
- Taip Kata Laluan STR Hasil Pemohon.
Masukkan password di ruangan yang telah disediakan.
- Laman Utama MySTR.
Pemohon akan dibawa masuk ke Menu Utama Portal Rasmi MySTR.
- Tekan Butang Semakan.
Untuk check status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2023, sila tekan “Semakan Pembayaran Fasa 1”.
- Maklumat Status Dan Maklumat Pembayaran Dipaparkan.
Anda boleh semak bayaran yang telah dibuat sama ada berjaya kredit atau gagal kredit. Jika gagal kredit anda dikehendaki membuat penunaian duit STR di Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH BAYARAN
Bilakah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023 Fasa 3?
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 2023 | Belum diumumkan |
PORTAL RASMI
Apakah portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah hasil?
PERKARA | PAUTAN |
Link Online Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2023 | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
LOGIN / LOG MASUK STR HASIL
Berikut adalah cara log masuk online Sumbangan Tunai Rahmah untuk check status :
- Tekan pautan Log Masuk Portal Rasmi STR 2023 di atas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad mySTR.
- Tekan [Log Masuk].
- Kemudian, tekan [Semak].
- Tekan [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon. (Guna Kata Laluan Log Masuk BKM).
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Anda boleh meneruskan sebarang urusan di sini.
- Selesai.
KADAR / JUMLAH PEMBAYARAN
Di bawah ini adalah kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 1 2023 :
KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN FASA 1 2023 |
Bujang | RM100 |
Isi Rumah | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 |
Baca juga : BTR HASIL : (SEMAKAN / PERMOHONAN / DAFTAR / BAYARAN) BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023
NOMBOR HOTLINE / BANTUAN
Sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BKK MoF : 03-88824565/03-88824566
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Baca juga :
CARA LOGIN STR : LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (PORTAL RASMI 2023)
CARA TEBUS STR DI BSN (PENUNAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR : SEMAKAN STATUS / TARIKH BAYARAN / LOGIN / PERMOHONAN