SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023 : SEMAKAN (FASA 4)
Pembayaran bantuan STR Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data secara berperingkat mulai November 2023.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagaimanakah semakan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 Fasa 4? Ikuti penerangan lanjut di sini.
APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasannya adalah STR adalah bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
FASA 4 2023
PERKARA | TARIKH |
Bayaran STR Fasa 4 | November 2023 |
JUMLAH BAYARAN
KATEGORI PENERIMA | KADAR STR FASA 3 |
Isi Rumah | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 |
Bujang | RM100 |
PORTAL RASMI
PERKARA | PAUTAN |
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Check Status STR di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
Pautan Semakan Status STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA
- Klik Pautan Rasmi Semakan Status di atas.
- Anda akan di bawa ke Portal Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon. (Guna Kata Laluan BKM sebelum ini)
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Klik [Semakan Status].
- Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
LOGIN STR
Anda boleh Log Masuk Portal Rasmi di : https//bantuantunai.hasil.gov.my
CARA LOG MASUK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
- Klik Pautan Rasmi Login di atas.
- Anda akan di bawa ke Portal Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Anda boleh meneruskan sebarang urusan di sini.
- Selesai.
CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Pemohon digalakkan untuk kemaskini maklumat yang terkini dan terbaru supaya data anda tidak tercicir. Hal ini kerana, perubahan kepada portal rasmi telah dibuat. Jadi, pemohon diminta untuk kemaskini butiran walaupun tiada sebarang penambahan pada maklumat diri.
- Sila tekan Log Masuk STR.
- Anda akan berada di Laman Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Tekan [Semak].
- Tekan [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama.
- Untuk kemaskini, sila tekan [Kemaskini Permohonan].
- Pemohon boleh kemaskini Maklumat dan tambah Maklumat sekiranya terdapat perubahan & penambahan.
- Sila muat naik (upload) Dokumen Sokongan yang diminta.
- Jika sudah selesai kemaskini Maklumat dan Muat Naik Dokumen, sila buat Pengesahan Maklumat yang di isi lengkap dan betul dan Sahkan CapCTHA.
- Hantar [Kemaskini Permohonan] anda.
- Sila Cetak dan Simpan untuk tujuan Rujukan jika terdapat sebarang perubahan.
- Selesai.
PERMOHONAN
Sama ada dibuka untuk permohonan baru ataupun hanya menggunakan data dari bantuan sebelum ini iaitu BKM.
Baca juga :