BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK 2023 : PERMOHONAN/SEMAKAN
Kepada warga Sarawak yang baru melahirkan anak, kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan satu inisiatif Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Sekiranya layak, anda boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
BACA JUGA : eBantuan JKM 2023 : Cara Pendaftaran dan Semakan Status Melalui Borang Online
APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak diberikan kepada setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020 bagi membantu meringankan beban dari segi kewangan selepas melahirkan anak. Selain itu untuk membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Permohonan hendaklah dibuat bermula pada usia kandungan telah mencapai 22 minggu sehingga tiga (3) bulan selepas melahirkan anak.
Nota: Perlu di ingatkan ini merupakan tempoh paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk masa tiga bulan dan bukannya sepanjang tahun.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN IBU BERSALIN
Jumlah bayaran BIB diberikan adalah sebanyak RM450 secara one-off bagi penerima yang layak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
- Warganegara Malaysia.
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
- Ibu pemegang Mykad Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Mykad Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
- Permohonan dibuat bermula pada usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan 3 bulan selepas bersalin.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
- Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
- Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
- Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;
- Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.
Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat.
PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK
CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK 2023 SECARA ONLINE.
- Muat turun aplikasi iSarawakCare di Play Store / Apple Store.
- Sila [Daftar] sekiranya anda pengguna baru.
- Seterusnya [Log Masuk] akaun anda.
- Pada menu utama klik [For Newborn] atau [For Mother].
- Sila isi maklumat yang diperlukan beserta gambar passport anda.
- Muat naik dokumen yang diperlukan (pastikan jelas).
- Sila isi maklumat suami anda dengan betul.
- Seterusnya masukkan maklumat akaun bank beserta dengan penyata akaun.
- Kemudian isikan maklumat pendidikan dan status pekerjaan.
- Seterusnya masukkan maklumat anak yang telah ada (jika berkaitan).
- Sila tandakan pada bahagian pengesahan dan pengakuan.
- Kemudian klik [Apply].
- Selesai.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
- Muat turun Borang Permohonan Bantuan_Ibu Bersalin (BIB)
- Lengkapkan borang permohonan tersebut dengan betul.
- Hantarkan borang tersebut di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja) yang berhampiran anda.
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK
Untuk check status kelulusan. Anda hanya tunggu email untuk dimaklumkan permohonan anda diterima kemungkinan dalam masa sebulan lebih. Sekiranya anda telah terima email, bermaksud anda hanya tunggu duit masuk ke dalam akaun bank.