eBantuan JKM 2023 : Cara Pendaftaran dan Semakan Status Melalui Borang Online

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

eBantuan JKM 2023 : Cara Pendaftaran dan Semakan Status Melalui Borang Online

Berikutan kesukaran yang dilalui semasa musim pandemik, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan yang dikenali sebagai eBantuan JKM. Program ini merupakan satu bentuk bantuan yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Program bantuan seperti ini diwujudkan sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Lihat perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang eBantuan JKM.

Baca juga : Cara Semak Cukai Tanah Pahang

CARA DAFTAR PERMOHONAN eBANTUAN JKM MELALUI ONLINE

Berikut merupakan cara mendaftar permohonan eBantuan JKM ini :

  1. Sila layari ke laman web eBantuan JKM (Daftar Permohonan Atas Talian) di pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Klik pada butang “Daftar Permohonan”.
  3. Masukkan negeri yang anda menetap dan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Klik pada butang “Daftar”.
  5. Kemudian permohonan anda akan didaftarkan.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN PERLU DIBAWA KE PEJABAT JKM

Sila bawa dokumen seperti berikut semasa hadir ke pejabat :

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

JENIS BANTUAN JKM YANG BOLEH DIMOHON

Berikut merupakan jenis bantuan dan senarai golongan yang akan diberikan bantuan oleh eBantuan JKM. Kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut :

✅Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

✅Elaun Pekerja Cacat (EPC)

✅Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

✅Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

✅Bantuan Orang Tua (BOT)

✅Am Persekutuan (BA)

✅Anak Pelihara (BAP)

✅Latihan Perantis (BLP)

✅Geran Pelancaran (GP)

✅Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

✅Tabung Bantuan Segera (TBS)

eBantuan JKM Cara Semakan Status Permohonan Talian

Panduan Lengkap untuk Cara Semak Status Permohonan eBantuan JKM seperti di bawah ini.

  1. Sila layari laman web rasmi eBantuan JKM di pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

  2. Tekan Semakan Status Permohonan Talian.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  4. Klik Semak.

  5. Paparan Status Permohonan anda akan dipaparkan di sini sama ada permohonan bantuan anda diterima atau sedang diterima.

  6. Selesai.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan baik terutama dalam musim pandemik Covid-19 yang dihadapi sekarang. Melalui perkongsian di atas semoga anda boleh menjadikan rujukan dan sedikit sebanyak memberi bantuan kepada anda untuk membuat permohonan ini.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan sila hubungi pihak di bawah ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Sistem Aduan : https://kpwkm.spab.gov.my/eApps/system/index.do

1 thought on “eBantuan JKM 2023 : Cara Pendaftaran dan Semakan Status Melalui Borang Online”

Leave a Comment