SEMAKAN PENCEN 2023 : CARA CHECK PENYATA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
Terkini, kepada pesara pekerja kerajaan Malaysia sekarang anda tidak perlu lagi ke kaunter bank semata-mata untuk check penyata atau semak baki wang pencen yang diterima setiap bulan. Anda boleh lakukan urusan tersebut hanya menggunakan kaedah secara online. Ianya lebih mudah dan lebih cepat serta menjimatkan masa dan tenaga.
Bagaimanakah semakan pencen 2023? Apakah cara check penyata online? Ikuti panduan lengkap yang dikongsikan ini kepada pesara.
SEMAKAN PENCEN
CARA SEMAKAN PENCEN ONLINE UNTUK PESARA KERAJAAN MALAYSIA.
- Sila tekan pautan rasmi Check Penyata Pesara Kerajaan di sini : https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran.
- Laman Penyata Bayaran Pencen akan dipaparkan.
- Isi No Kad Pengenalan.
- Masukkan No Akaun Pencen.
- Pilih tahun terkini.
- Tandakan pada kotak pengesahan Captcha.
- Tekan butang Hantar.
- Maklumat penyata duit persaraan akan dipaparkan jika semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.
- Selesai.
SENARAI PERKHIDMATAN PORTAL JPAPENCEN
Pesara juga boleh melakukan perkhidmatan lain secara atas talian dengan menggunakan portal jpapencen.gov.my ini. Antaranya adalah:
- Semakan Status Permohonan Persaraan
- Cetakan Surat Persaraan Pilihan
- Semakan Pemberian Taraf Berpencen
- Semakan Kelulusan Faedah Persaraan
- Semakan Penyata Pencen
- Pemakluman Bayaran Ganjaran
- Bantuan Mengurus Jenazah
- Semak Pindaan Potongan
- Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil
- Sistem Maklum Balas
- Surat Akuan Pesara
- Kelulusan Pelantikan Wakil Diri
- Status Permohonan Tuntutan Perubatan
- Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan)
CARA KIRA KENAIKAN DUIT PENCEN
Seperti sedia maklum, kerajaan telah bersetuju memberi kenaikan 2% setiap tahun bagi duit pencen yang diterima.
Jadi, berikut adalah cara untuk kira jumlah kenaikan wang persaraan dengan kenaikan 2% setiap tahun:
- Bayangkan duit pencen yang diterima adalah RM2000.
- 2% daripada jumlah tersebut adalah bersamaan dengan RM40. Jadi kenaikan yang diterima ialah RM40.
- Menerusi kenaikan 2% ini, jumlah duit pencen baru selepas kenaikan pada bulan Januari adalah RM2040.
PEMBAYARAN PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP) 2023
Untuk makluman pesara, Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara. Ia dilaksanakan sebagai inisiatif pihak kerajaan untuk memastikan persaraan dan persaraan terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.
Keputusan kerajaan memberikan PKKP ialah satu bentuk bantuan khas itu kepada pesara adalah susulan kepada keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus seperti yang dinyatakan di atas.
CARA KIRA BAYARAN PKKP PESARA 2023
PKKP ialah pembayaran perbezaan jumlah pencen semasa dengan jumlah pencen asal bagi menjadikan jumlah yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti jumlah pencen semasa.
Contohnya, sekiranya jumlah pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,550.49 (jumlah pencen asal), manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,850.43 (jumlah pencen semasa), pengiraan PKKP adalah seperti berikut:
- Jumlah pencen semasa – jumlah pencen asal = Bantuan Khas PKKP
- RM1,850.43 – RM1,550.49 = RM299.94
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS PKKP PESARA 2023
Bagi bayaran yang akan dibuat bermula pada Julai 2023 sehingga Disember 2023.
SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS PKKP PESARA
- Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap pesara?
- Pegawai awam yang bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada jumlah bayaran Disember 2012
- Pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada jumlah asal semasa bersara
- Adakah pesara dikehendaki membuat bayaran semula kenaikan pencen 2% yang telah diberikan mulai tahun 2013?
- Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini.
- Adakah pesara terus menerima Bantuan Khas PKKP Pesara Januari 2024?
- Tidak, walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji sekali dengan cadangan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
RUJUKAN
Sumber rujukan perkara di atas di ambil dari : Semakan Penyata Pencen.
Sebarang soalan atau pertanyaan perkara di atas, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di : https://feedbacks.kwap.my/
ARTIKEL BERKAITAN