BANTUAN EWALLET RM300 2023 : SEMAKAN/PERMOHONAN
Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
BACA JUGA : CARA TEBUS EBELIA RAHMAH (TNG/BOOST/SETEL PETRONAS)
Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet ini.
BANTUAN e-WALLET RM300
“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.
- e-WALLET BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless).
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu TIDAK akan dibawa ke bulan hadapan.
- e-WALLET BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET RM300
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS E-WALLET
- Beras, mi dan bihun.
- Roti dan biskut.
- Telur.
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
- Barangan persekolahan.
- Perihal pendidikan.
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.
BANTUAN EWALLET RM300
CARA PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300.
- Pergi ke pautan rasmi Pendaftaran BINGKAS di sini : https://bingkasselangor.com/log-masuk.
- Anda akan dipaparkan halaman utama Pendaftaran Akaun Selangkah.
- Sekiranya anda mempunyai akaun Selangkah, sila klik [Log Masuk]. Jika belum ada akaun klik [Daftar Sekarang] di bawah.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Kemudian klik [TERUSKAN].
- Masukkan nombor OTP yang dihantar kepada telefon anda.
- Tekan [Sahkan OTP].
- Anda telah berjaya log masuk dan klik butang [X].
- Sila isi Borang Maklumat Peribadi dan Maklumat Pendapatan.
- Kemudian Klik [TERUSKAN].
- Seterusnya isi Borang Maklumat Anak-anak dan klik butang [Tambah Anak].
- Klik [TERUSKAN].
- Tandakan pada maklumat yang berkenaan dan klik [TERUSKAN].
- Kemudian klik [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen yang diperlukan dan klik [TERUSKAN].
- Klik pada kotak [PERSETUJUAN] dan klik [HANTAR].
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300
Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Kenapa e wallet selangor rm300, e wallet madani rm100 jee.