CARA BUAT QR PAY : MUDAH TERIMA BAYARAN
Pada masa kini, pembayaran tanpa tunai amatlah digalakkan iaitu dengan membuat pembayaran melalui transaksi online atau melalui QR sahaja. Ini kerana ianya lebih mudah dan cepat. Walaubagaimanapun, untuk terima bayaran secara online pemilik perniagaan hendaklah membuat Qr Code Qr Pay terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
BACA JUGA : CONTOH QR CODE : CARA BUAT DENGAN MUDAH (PERCUMA)
APA ITU QR PAY
Pembayaran menggunakan kod QR ialah kaedah pembayaran tanpa sentuh di mana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR daripada aplikasi mudah alih.
Untuk membuat pembayaran menggunakan kod QR, pengguna mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga dengan telefon pintar mereka untuk membayar barangan mereka.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PEMBAYARAN SECARA QR PAY
- Transaksi bayaran tanpa tunai bagi mengurangkan sentuhan antara penjual dan pembeli, seterusnya mengurangkan risiko penularan virus.
- Dapat mengurangkan risiko kecurian kerana tidak lagi perlu membawa atau memegang wang tunai dalam jumlah yang besar.
- Sangat memudahkan peniaga kerana tidak perlu khuatir sekiranya anda tidak mempunyai duit baki untuk dipulangkan kembali kepada pelanggan.
- Rekod transaksi jual beli , sangat berguna bagi mengelakkan ketirisan transaksi jual beli syarikat anda.
- Penjimatan masa kerana bayaran boleh dilakukan dalam masa kurang 1 minit.
Untuk menerima bayaran melalui QR Code ini, kini kebanyakkan bank sudah menerima bayaran menggunakan kaedah kod QR. Kepada para peniaga antara yang popular adalah Maybank. Berikut adalah cara untuk mencipta Qr Code untuk terima bayaran.
CARA BUAT QR PAY
CONTOH CARA BUAT QR PAY MAYBANK UNTUK MUDAH TERIMA BAYARAN.
- Pastikan anda Login ke akaun MAE.
- Pergi ke menu utama.
- Klik pada logo QR Code.
- Kemudian klik pada [Receive].
- Satu Kod QR untuk menerima bayaran anda akan terpapar.
- Klik pada butang [Share].
- Seterusnya pilih [Lokasi] anda ingin gunakan QR Code tersebut.
- Untuk pamerkan kod tersebut di kedai, anda boleh print kod tersebut dan letakkan di tempat yang bersesuaian di kedai anda.
- Selesai.
NOTA: Disarankan kepada anda untuk laminate kertas kod QR tersebut supaya dapat memastikan kod tersebut tahan laman dan tidak mudah pudar.