CARA TEBUS EBELIA RAHMAH (TNG/BOOST/SETEL PETRONAS)
Program eBelia Rahmah, satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau yang berstatus pelajar universiti sepenuh masa.
Bagaimanakah cara tebus eBelia Rahmah? Adakah boleh tuntut/claim ewallet RM200 di touch n go (tng), boost dan setel petronas? Info lanjut rujuk di sini.
SYARAT KELAYAKAN EBELIA RAHMAH
Berikut merupakan kelayakan menerima bantuan ewallet eBelia Rahmah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18-20 tahun pada 2023
- Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.
Maklumat lanjut : Institusi Pendidikan di Malaysia di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk :
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
CARA TUNTUT/CLAIM EBELIA RAHMAH
Untuk tuntutan eBelia Rahmah RM200 2023, pemohon dikehendaki muat turun salah satu platform ewallet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
Baca juga : CARA GUNA SETEL PETRONAS
CARA TEBUS EBELIA RAHMAH
PANDUAN LENGKAP CARA TEBUS EBELIA RAHMAH. TUNTUT/CLAIM EWALLET RM200 DI TNG, BOOST DAN SETEL PETRONAS.
- Buka Aplikasi Touch N Go (TNG), Boost & Setel Petronas.
- Lihat paparan eBeliaRahmah di bahagian [HOME].
- Tekan butang [eBeliaRahmah].
- Pilih [Claim Now].
- Kemudian, buat Pengesahan dengan tekan butang [VERIFY].
- Pilih ID Pengenalan pemohon [Nombor Kad Pengenalan].
- Muat naik gambar depan Kad Pengenalan.
- Seterusnya, sila ambil gambar [Selfie] pemohon.
- Pastikan butiran anda adalah betul dan tekan butang [Continue].
- Isikan butiran pemohon dengan lengkap dan sah.
- Tekan butang [Submit].
- Permohonan eBelia Rahmah RM200 anda telah berjaya di hantar.
- Pemohon yang berjaya akan menerima Notifikasi “eBeliaRahmah Claim Approved”.
- Anda akan lihat kredit eBeliaRahmah RM200 dan baucar ganjaran di dalam ewallet.
- Selesai.
Sila join Channel Telegram Info Rasmi Bantuan Kerajaan Malaysia 2023 di bawah :