CARA GUNA SETEL PETRONAS : UNTUK ISI MINYAK

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA GUNA SETEL PETRONAS : UNTUK ISI MINYAK

Di zaman serba canggih ini, penggunaan aplikasi dalam talian semakin meningkat dengan pesatnya. Setiap aktiviti harian kebanyakan orang sekarang boleh menggunakan apps sahaja di HP dan selesai. Dengan penggunaan apps atau aplikasi dapat memudahkan ramai orang menyelesaikan urusan harian mereka. Termasuklah mengisi minyak.

Untuk makluman anda, sekarang anda tidak lagi perlu ke kaunter jika ingin mengisi minyak di Petronas dan tidak lagi perlu ambil duit dahulu sebelum mengisi minyak kenderaan anda di Petronas. Petronas telah memperkenalkan Setel iaitu aplikasi atau apps yang dicipta untuk mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter.

Oleh itu, jika anda merupakan pelanggan tetap jika mengisi minyak di Petronas, anda boleh menggunakan Setel ini untuk memudahkan lagi proses pengisian minyak di Petronas. Dan sangat digalakkan anda menggunakannya.

Jom kita kenali dulu apa itu Setel Petronas di bawah ini.

Baca juga : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Penambahan Had Pengeluaran RM1000

APA ITU SETEL PETRONAS

Setel adalah aplikasi atau apps online untuk pembayaran, pam dan go yang membolehkan anda memperoleh sehingga 5x ganjaran di pam tanpa perlu turun dan dan tanpa menggunakan mesin kad kredit.

Setel berfungsi melalui sistem pembayaran berdasarkan GPS di mana anda membayar petrol anda di lebih daripada 740 stesen PETRONAS melalui aplikasi. Yang perlu anda buat hanyalah mengesahkan bahawa aplikasi tersebut mempunyai lokasi yang tepat, tekan nombor pam anda, dan kemudian beritahu aplikasi berapa banyak petrol yang anda mahukan.

KELEBIHAN SETEL PETRONAS

  • Anda berpeluang untuk mendapat rebat petrol. Ini adalah yang paling menarik sekali. Contohnya, anda boleh dapat rebate petrol dan tak perlu bayar apa-apa.
  • Anda tidak perlu ke kaunter pembayaran untuk membuat pembelian petrol (mengisi minyak).
  • Anda tidak perlu mengeluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam.
  • Anda berpeluang mendapat kredit apabila anda dapat menarik kenalan anda untuk turut menggunakan aplikasi SETEL.
  • Rekod pembelian petrol atau mengisi minyak direkod secara automatik ke dalam kad Mesra.
  • Resit pembayaran terus masuk ke dalam emel anda. Tidak akan ada isu resit hilang, atau isu tulisan pada resit yang tidak jelas.
  • Kad Mesra disertakan dalam aplikasi SETEL. Secara automatik, akan tercatat rekod untuk setiap kali anda mengisi minyak.

Untuk makluman anda, sebelum anda menggunakan Setel Petronas ini, anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu. Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat pendaftaran.

CARA DAFTAR SETEL PETRONAS

Berikut merupakan cara untuk buat pendaftaran Setel Petronas.

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Setel Petronas di pautan ini : https://www.setel.com/ref/vwjn2.
  2. Tekan [REGISTER].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda.
  4. Tekan [TERUSKAN].
  5. Masukkan Kod Pengesahan yang telah dihantar ke Nombor Telefon anda.
  6. Pada PROMO CODE (OPTIONAL), masukkan kod [ vwjn2 ], untuk mendapatkan RM5 secara percuma selepas menggunakan aplikasi SETEL untuk mengisi minyak.
  7. Anda dikehendaki Buat Pin baru.
  8. Tekan [TETAPKAN PIN]. Cipta 6 Nombor Pin yang anda mudah ingat.
  9. Sahkan Nombor Pin anda sekali lagi dengan taip semula Pin yang anda cipta tadi.
  10. Jika anda menggunakan HP yang boleh Hidup Pengesahan Face ID boleh juga Hidupkan atau Aktifkan.
  11. Jika anda ingin Bayar dengan CardTerus boleh masukkan detail Card ATM anda di ruangan [ADD CARD]. Jika nak setup selepas ini tekan [SET UP LATER].
  12. Tekan [BENARKAN PENJEJAKAN].
  13. Sila [AKTIFKAN LOKASI].
  14. Pendaftaran akaun anda telah Berjaya.
  15. Anda boleh download apps atau aplikasi Setel Petronas di telefon bimbit anda.

[PERHATIAN] : Sebelum anda menggunakan Setel untuk mengisi minyak di Petronas, anda dikehendaki tambah nilai atau topup duit ke dalam Setel terlebih dahulu. Cara untuk tambah nilai atau topup nilai di dalam wallet Setel Petronas seperti di bawah ini.

CARA TOPUP & TAMBAH NILAI

Di bawah ini adalah cara untuk tambah nilai atau topup Setel Petronas.

  1. Buka aplikasi atau apps Setel Petronas anda.
  2. Tekan [Pay] di menu bawah.
  3. Tekan [Topup] di Balance anda.
  4. Anda dikehendaki SELECT A TOP-UP AMOUNT sama ada RM20,40,60,80,100 atau Other. Minimum topup RM10.
  5. Kemudian, anda dikehendaki pilih Payment Method.
  6. Sila pilih Online Banking untuk memudahkan anda topup atau tambah nilai Setel Petronas anda menggunakan CIMBCLICKS atau MAYBANK2U dan lain2 internet banking.
  7. Tekan [TOP-UP NOW].
  8. Pilih Bank Online Banking yang anda mahu gunakan untuk topup atau tambah nilai secara online.
  9. Selesaikan proses Online Banking anda untuk proses topup.
  10. Jika dah selesai, jumlah di balance anda akan bertambah seperti nilai yang anda masukkan semasa topup atau semasa tambah nilai tadi.
  11. Seterusnya, anda boleh mula guna Setel Petronas untuk mengisi minyak seperti panduan di bawah ini.

CARA GUNA SETEL PETRONAS

PANDUAN LENGKAP CARA GUNA SETEL PETRONAS.

  1. Buka aplikasi atau apps Setel Petronas anda.

  2. Pastikan anda sudah berada di Petronas yang anda mahukan. Dan pastikan Petronas tersebut mempunyai perkhidmatan Setel.

  3. Pandu kereta anda ke Pam Minyak yang anda mahukan.

  4. Lihat aplikasi atau apps Setel Petronas anda akan dipaparkan Purchase Fuel.

  5. Tekan [Purchase Fuel] dan klik Got IT.

  6. Sila pilih Nombor Pump yang anda berada. Lihat di Pump yang anda parking akan ada Label Nombor Pump Setel di Pump tersebut.

  7. Pilih Jumlah yang anda mahu isi.

  8. Tekan [PAY].

  9. Masukkan Nombor Pin yang anda cipta semasa pendaftaran atau jika anda aktifkan Face ID untuk buka kekunci segera lakukan Face ID muka anda.

  10. Seterusnya jika keluar paparan Start Refuelling Now, anda sudah boleh mula mengisi minyak ke kereta anda.

  11. Jika sudah selesai mengisi, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta.

  12. Anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point.

  13. Selesai. Mudah dan senang kan. Selepas ini, tak perlu la nak keluar dan beratur panjang semata-mata nak buat pembayaran. Setel kan ada.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaa anda boleh hubungi pihak Setel Petronas di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan panduan kepada mereka yang memerlukan panduan seperti yang kami nyatakan ini. Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua.

Setel Ventures Sdn Bhd,
Level 17, M-05, Nucleus Tower,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya.

Setel Support : https://setelappsupport.zendesk.com/hc/en-us.

Leave a Comment