CONTOH QR CODE : CARA BUAT DENGAN MUDAH (PERCUMA)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CONTOH QR CODE : CARA BUAT DENGAN MUDAH (PERCUMA)

Salam Malaysia Madani, pernahkah anda membuat kod QR secara percuma? jika sebelum ini anda pernah membuat kod QR secara berbayar, atau terpaksa log masuk sebelum mendapatkan kod in, atau kouta terhad. Jadi kali ini kami akan kongsikan cara buat kod QR(QR CODE) secara percuma dengan mudah. Ikuti panduan ringkas ini untuk memudahkan anda.

BACA JUGA : CARA BUAT QR CODE UNTUK PELBAGAI TUJUAN

APA ITU KOD QR

Kod QR atau dalam bahasa inggerisnya QR Code ini merupakan singkatan kepada “Quick Response Codes”. Kod ini merupakan versi lebih baik daripada barcode yang digunakan sebelumnya.

Fungsinya kod ini adalah untuk memudahkan kita memperoleh dan mengesahkan maklumat melalui teknik imbasan kod. Selain itu, Kod QR juga membolehkan kita menyimpan maklumat dalam kapisiti yang besar dengan menggunakan pelbagai jenis data.

Kini kita sudah terlalu biasa dengan penggunaan Kod QR. Lihat sahaja menerusi log masuk ke Web WhatsApp, MySejahtera Check-in, menu di restoran, pembayaran dalam talian dan banyak lagi fungsi dan kegunaannya.

Malah di sekolah pula kod QR digunakan untuk sebaran pautan Rekod Kawalan Kelas, Kehadiran bengkel dan mesyuarat, menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di dalam Fail Rekod Persediaan Mengajar(RPM) dan lain-lain lagi.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KOD QR

  • Efisien, maklumat diperoleh dengan cepat.
  • Saiz Kod QR yang kecil dan sangat mudah untuk diimbas.
  • Kod QR boleh dibaca dari mana-mana arah atau sudut (360 darjah), jadi peluang untuk kod QR gagal diakses adalah sangat kecil.
  • Mampu menyimpan 2089 nombor atau 4289 aksara, termasuk tanda baca dan simbol.

ISI KANDUNGAN

CONTOH QR CODE

CONTOH CARA BUAT QR CODE MUDAH DAN PERCUMA (KOD QR).

  1. Simpan bahan atau dokumen anda dalam mana-mana pangkalan yang boleh diakses menggunakan internet, Contohnya di Google Drive, Youtube, laman web, media sosial atau aplikasi seperti Telegram.

  2. Dapatkan URL bahan atau dokumen yang dimuat naik.

  3. Buka laman QR Code Online untuk menjana Kod QR.

  4. Pilih jenis kandungan yang ingin dijadikan kod QR (URL, teks, e-mel, dll.).

  5. Masukkan URL bahan atau dokumen tadi ke ruangan yang disediakan.

  6. Anda juga boleh memilih warna anda sendiri untuk kod dan latar belakangnya.

  7. Semak semula maklumat dengan teliti, kerana setelah anda mencetak kod QR, kod tersebut tidak dapat diedit selepas itu.

  8. Selesai.

Leave a Comment