MAIK IPT 2023 : SEMAKAN/CHECK KELULUSAN/PERMOHONAN/BANTUAN
Bagi rakyat negeri Kelantan khususnya bagi kalangan anak muda yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA (universiti awam) untuk program Diploma, Ijazah, Asasi, dan juga Matriks.
Ia juga boleh dikatakan sebagai biasiswa saguhati kepada pelajar bagi tujuan bantuan IPT bagi kalangan pelajar dari negeri Kelantan.
Baca juga artikel lain : CARA LOG MASUK BKM : SEMAKAN BAYARAN FASA 4 2022 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
PERMOHONAN BANTUAN MAIK IPT
Berikut dikongsikan maklumat meliputi cara permohonan Bantuan IPT MAIK beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:
1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi MAIK menerusi pautan di https://eagihan.e-maik.my/Default
2. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan bersama salinan dokumen penting seperti berikut:
- Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
- Surat Tawaran IPT.
- Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
- Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
- Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
- Surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
- Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
- Slip pencen sekiranya bersara.
SYARAT KELULUSAN PERMOHONAN MAIK IPT
Antara Syarat Kelayakan Bantuan IPT MAIK adalah seperti berikut:
A. SYARAT AM
i. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
ii. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
iii. Beragama Islam
B. SYARAT KHAS
i. Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu (1) sahaja.
ii. Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
iii. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
iv. Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:
a) Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan
b) Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan
c) Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan
d) Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan
e) Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan
f) Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan
v. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
vi. Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
vii. Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.
KADAR BANTUAN MAIK IPT
- Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00
- Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN
1. Layari ke laman sesawang https://eagihan.e-maik.my/Semakan
2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘SEMAK’.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan
No. Tel : +609-7481512
No. Faks : +609-7485512
Emel : maik (at) e-maik (dot) my
Web : www.e-maik.my
Selamat membuat Permohonan Bantuan IPT MAIK secara online! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan IPT MAIK!
Saya dapat tawaran ijazah di upsi dan Saya golongan ibu bapa berpendapatan RM3000 kebawah . Tapi saya tersilap isi di bahagian bantuan fisabilllah untuk golongan pendapatan RM3000 keatas . Dan kemudian bila saya buka untuk isis permohonan di di bahagian sumbangan lanjut pelajan ke ipt , kolum bahagian ijazah sudah tidak ada. Dan saya memilih untuk tekan dan hantar permohonan guna kelulusan pra-ijazah kerana saya ingtkan ianya sama dengan peringkat ijazah sarjana muda. Jadi pertanyaan saya , maik boleh ke padam semula ke permohonan yang saya buat dalam sistem supaya saya dapat isi permohonan bantuan yang sebenar ? Sebab saya perlukan sangat bantuan ni untuk sambung belajar bulan 10 nanti . Say terlalu berharap maik dapat tolong saya selesaikan masalah ni