REGISTER MRSM 2024 : TINGKATAN 1 & 4 (PERMOHONAN)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

REGISTER MRSM 2024 : TINGKATAN 1 & 4 (PERMOHONAN)

Makluman kepada ibu/bapa atau penjaga pelajar, permohonan kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) sesi 2024 akan dibuka tidak lama lagi.

Seperti yang sedia maklum, kemasukkan ke MRSM bermula tahun 2021 diwajibkan kepada calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM (UKKM) dan Ujian Keperibadian Calon untuk menguji potensi dan minat calon terhadap subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.

Bagaimanakah register MRSM permohonan kemasukan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di SINI.

BACA JUGA : SEMAKAN KEMASUKAN DARJAH 1

APA ITU MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri pelajar.

Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.

SENARAI PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MRSM

  • Program Primier (Tingkatan 1 dan 4).
  • Program IGCSE (Tingkatan 1 sahaja).
  • Program Ulul Albab (Tingkatan 1 sahaja).
  • Program Teknikal (Tingkatan 1 sahaja).
  • Program BITARA (Tingkatan 4).

NOTA: Untuk maklumat lanjut mengenai sistem pendidikan MRSM boleh rujuk https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/Syarat%20dan%20Pilihan%20Program%20MRSM.pdf

SYARAT KEMASUKKAN MRSM

  • Calon hendaklah Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa calon adalah Warganegara Malaysia.
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  • Calon tingkatan 1 (2024) : lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
  • Bagi tingkatan 4 (2024) : lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009.
  • Ibu/bapa dan penjamin bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Pemohon perlu memohon secara online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan (UKKM).
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat kelayakan.

TARIKH KEMASUKAN MRSM 2024

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Ibu/bapa atau penjaga pelajar, anda kini boleh mula memohon mulai 15 SEPTEMBER 2023 hingga 20 OKTOBER 2023.

ISI KANDUNGAN

REGISTER MRSM

CARA PERMOHONAN MRSM 2024 ONLINE.

  1. Pergi ke Portal Rasmi MARA.

  2. Klik [PENDIDIKAN].

  3. Kemudian, pilih PENDIDIKAN MENENGAH dan klik [MRSM].

  4. Tekan [Permohonan Kemasukan ke MRSM bagi Tahun 2024] di bawah.

  5. Baca dengan teliti syarat dan panduan yang dipaparkan.

  6. Seterusnya, tanda [PERAKUAN PERMOHONAN] pada petak yang disediakan dan klik [SETUJU].

  7. Sila pilih kemasukan [Tingkatan 1] atau [Tingkatan 4].

  8. Untuk yang belum pernah mendaftar, sila klik [Daftar Pengguna].

  9. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.

  10. Kemudian, tekan [Hantar Permohonan].

  11. Cetak Borang Permohonan yang telah lengkap diisi.

  12. Selesai.

RUJUKAN

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh hubungi talian hotline MARA di 03 26132000.

Leave a Comment