SEMAKAN BANTUAN JKM 2023 : CHECK STATUS BAYARAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Perkhidmatan ini bagi membantu rakyat meringankan beban hidup terutamanya yang ditimpa kesusahan. Disamping itu juga, bantuan JKM ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan dan pembangunan modal insan.
Bagaimanakah cara semakan bantuan JKM? Ikuti panduan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : REGISTER MRSM : TINGKATAN 1 & 4 (PERMOHONAN)
APAKAH EMAKLUM
eMaklum adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eMaklum. Sekiranya anda penerima tetap bantuan JKM, di Aplikasi eMaklum ini anda boleh membuat semakan invois dan tarikh bayaran bantuan JKM setiap bulan dengan mudah. Ia boleh diakses oleh Penerima Individu dan Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan sahaja.
TARIKH BAYARAN BANTUAN JKM
Bayaran Bantuan JKM biasanya akan dikreditkan setiap bulan sebelum pada 10 haribulan. Namun, pada bulan-bulan tertentu kemungkinan bayaran akan diawalkan atau dilewatkan dari 10 haribulan. Ianya bergantung pada cuti umum dan sistem pengurusan JKM. Anda boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status bayaran sebelum anda mengeluarkan wang di ATM.
SENARAI JENIS BANTUAN JKM DAN JUMLAH BAYARAN
JKM menyediakan beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon secara bulanan atau secara ‘one-off’ mengikut kategori yang ditetapkan:
- Bantuan Kanak-kanak (BKK)
- Jumlah bayaran : Antara RM100 hingga RM450 setiap bulan seisi rumah melebihi 4 orang kanak-kanak.
- Elaun Pekerja Cacat
- Jumlah bayaran : RM400 sebulan.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Jumlah bayaran : RM250 sebulan.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Jumlah bayaran : RM350 sebulan
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Jumlah bayaran : RM350 sebulan.
- Bantuan Am Persekutuan
- Jumlah bayaran : RM100 (seorang sebulan)/ RM350 (sekeluarga sebulan).
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Jumlah bayaran : RM250 (seorang kanak-kanak sebulan)/ RM500 (2 orang/lebih sebulan).
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Jumlah bayaran : RM200 sebulan.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Jumlah bayaran : RM2,700 sekaligus.
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Jumlah bayaran : Mengikut harga alat yang ditetapkan dan bayaran adalah sekaligus.
- Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
- Jumlah bayaran : Bayaran ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan (Individu yang hilang upaya sebahagian)/ RM20,000 bagi indivi yang mati atau hilang upaya kekal.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM
Untuk mengetahui syarat kelayakan bagi setiap jenis bantuan anda boleh baca di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NzFHMnJLSWxoQytmM3RscmUvMVdWZz09.
CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM
Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan untuk memohon mana-mana bantuan daripada JKM, anda boleh memohon bantuan secara online :
- Layari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Tekan pautan permohonan bantuan JKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;.
- Sila daftar mengikut Negeri anda.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Tekan [Hantar].
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN JKM
CARA SEMAKAN BANTUAN JKM 2023 ONLINE.
- Anda boleh muat turun Aplikasi eMaklum di (Apple Store/Play Store) atau pergi ke Laman Rasmi eMAKLUM.
- Kemudian, anda akan dipaparkan [Carian Dokumen Pembayaran].
- Masukkan [No.Kad Pengenalan/No.Daftar Syarikat/Organisasi].
- Pilih [Carian Berdasarkan].
- Seterusnya, masukkan [No.Akaun Bank/No.Invois/No.Rujukan Bayaran].
- Masukkan tarikh yang anda inginkan.
- Klik [Cari].
- Anda akan dipaparkan Maklumat Pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat : 03 8000 8000.