skim bina rumah atas tanah sendiri

SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI 2022 (PERMOHONAN BANTUAN RM60,000)

SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI 2022 (PERMOHONAN BANTUAN RM60,000)

Untuk makluman anda, jika anda tergolong dalam kategori berpendapatan rendah, anda boleh memiliki rumah atas tanah sendiri dengan skim bantuan pinjaman yang begitu rendah iaitu RM198.76 sahaja sebulan.

Pihak kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan (Bukan Kakitangan Kerajaan) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk golongan yang kurang berkemampuan yang mana ianya bertujuan untuk membantu golongan ini khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama idaman mereka dengan bayaran yang rendah dan tidak membebankan.

Bagaimanakah cara permohonan skim bina rumah atas tanah sendiri? Apakah syarat kelayakan bantuan bina rumah atas tanah sendiri RM60,000? Sila rujuk di bawah untuk memohon.

Artikel berkaitan : Berminat dengan rumah PRIMA? Mohon di sini : CARA MEMOHON RUMAH PRIMA

SYARAT BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang perlu untuk mendapatkan bantuan ini:

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 – 71 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
  • Belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga sendiri.

SYARAT PINJAMAN SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Ini merupakan syarat pinjaman yang diberikan:

  • Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.

SYARAT PINJAMAN GENERASI 2

  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
  • Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.

SYARAT CAGARAN TANAH

Mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.

Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:

  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

SYARAT BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Berikut adalah syarat kelayakan bina rumah atas tanah sendiri yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk dapatkan bantuan skim RM60,000 ini:

Rumah teres sesebuah setingkat – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.

Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri

Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan

Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:

  1. Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  2. Mempunyai Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
  3. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  4. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

CARA MEMOHON SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Sila pastikan anda telah membaca dan memahami SYARAT-SYARAT PERMOHONAN yang telah ditetapkan sebelum mengisi borang dan mengemukakan permohonan.

TIADA sebarang bayaran yang dikenakan semasa mengemukakan permohonan.

Pihak Kementerian TIDAK pernah membuka mana-mana Pejabat atau Cawangan Daerah atau Negeri bagi menguruskan Skim Pinjaman Perumahan SPP ini.

Borang permohonan adalah PERCUMA dan ianya tidak boleh dijual beli atau dibuat salinan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan menggunakan BORANG YANG ASAL SAHAJA yang boleh didapati di Jabatan Perumahan Negara, Putrajaya, Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Daerah/ Tanah yang terdekat, atau memuat turun borang daripada portal JPN di pautan http://ehome.kpkt.gov.my/.

Permohon boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar Borang Permohonan SPP secara terus kepada Jabatan Perumahan Negara seperti di alamat yang tertera di muka hadapan borang.

Skim SPP ini menawarkan pinjaman bagi membiayai pembinaan perumahan dan pemohon perlu MELANTIK kontraktor bagi menguruskan pembinaan.

Pemohon perlu memilih Pelan Rumah dalam Borang ini dan dikemukakan kepada Syarikat Berdaftar/Kontraktor yang menawarkan kerja pembinaan bagi tujuan rundingan kos keseluruhan pembinaan rumah mengikut Pelan Rumah yang dipilih. Pemohon perlu mendapatkan kontraktor tempatan yang menawarkan kos pembinaan tidak melebihi nilai pinjaman yang dipohon.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Sekiranya pemohon berminat, anda boleh membuat permohonan melalui borang manual sahaja tiada permohonan bantuan bina rumah atas tanah sendiri online. Pemohon yang berkelayakan boleh muat naik atau download borang bantuan skim SPP ini di bawah ini:

BORANG BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

PANDUAN ISI BORANG MEMOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

  1. Semua maklumat yang perlu diisi dalam Borang Permohonan Pinjaman hendaklah ditulis dengan terang menggunakan HURUF BESAR.
  2. Pemohon juga perlu memastikan semua butiran dalam borang diisikan dengan lengkap. Sila potong mana-mana yang tidak berkenaan. Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  3. Hanya satu (1) set borang permohonan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara seperti alamat yang tertera di muka hadapan.
  4. Pemohon WAJIB mengemukakan Lampiran Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan berdasarkan SENARAI SEMAK PINJAMAN yang disediakan di muka belakang borang. Lampiran yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

RUJUKAN

Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila rujuk portal JPN di alamat: http://ehome.kpkt.gov.my/ atau berhubung dengan pegawai Bahagian Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914049 / 4007/ 4033/ 4032.

Leave a Reply