BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR 2023 : (LOGIN / SEMAKAN / PERMOHONAN) TARIKH & JUMLAH BAYARAN
Berita gembira untuk rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telahpun mengumumkan bahawasanya pihak kerajaan akan memberi bantuan dalam bentuk tunai kepada rakyat.
Perkara ini telah diumumkan semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).
Apa itu Bantuan Tunai Rakyat? Bagaimanakah cara login, mohon, daftar dan semakan BTR? Bilakah tarikh serta jumlah bayaran Fasa 1 2023? Penjelasan lanjut rujuk di dalam ini.
APA ITU BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR
Bantuan Tunai Rakyat atau ringkasannya BTR adalah bantuan dalam bentuk tunai yang telah diperkenalkan oleh PM semasa perbentangan Bajet Mini Kerajaan Perpaduan 2023.
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ini kerana pihak kerajaan perpaduan telah mengambil kira beban yang sedang ditanggung rakyat saat ini dan juga untuk keperluan akibat bencana musim tengkujuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Rakyat sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lebih awal pada Januari tahun 2023 nanti.
TARIKH BAYARAN
FASA 3 2023
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 3 2023
PERKARA | TARIKH |
Tarikh Bayaran BTR Fasa 3 2023 | 26 Jun 2023 |
JUMLAH BAYARAN
JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1 2023
Buat masa ini seperti yang diumumkan oleh PM, Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100. (Segala pindaan akan dikemaskini apabila rasmi diumumkan).
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR 2023
Untuk maklumat terkini, kerajaan belum lagi memaklumkan dengan permohonan/pendaftaran baru Bantuan Tunai Rakyat ini. Hal ini kerana, bantuan ini baharu sahaja diumumkan oleh PM ke-10.
Namun begitu, jika dilihat kesemua permohonan bantuan kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu BKM, BPR & BSH, permohonan boleh dilakukan melalui atas talian (online) dan juga disediakan borang.
Untuk mendapatkan info awal berkenaan dengan permohonan BTR 2023 ini, anda boleh join Channel Rasmi Info Bantuan Tunai Rakyat di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia. Pihak kami akan kemaskini info terkini dan terbaru di dalam channel tersebut untuk hebahan anda semua.
CARA
Sebelum ini, permohonan Bantuan Keluarga Malaysia boleh di mohon di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/ dan sekiranya pihak kerajaan telah mengubah pautan tersebut kepada https://btr.hasil.gov.my, pihak kami akan maklumkan anda dengan kadar segera di dalam channel tersebut.
LOGIN/LOG MASUK BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR
CARA LOGIN/LOG MASUK
PERKARA | PAUTAN |
Login Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 | https://btr.hasil.gov.my |
Log Masuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) | https://bkm.hasil.gov.my |
- Klik Portal Rasmi Login/Log Masuk di atas.
- Anda akan di bawa ke Portal Rasmi.
- Tekan [LOG MASUK].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Selesai.
BANTUAN TUNAI RAKYAT BTR 2023 SEMAKAN
Untuk nak semakan status, anda boleh cek di pautan ini :
PERKARA | PAUTAN |
Semakan Status Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 | https://btr.hasil.gov.my |
Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) | https://bkm.hasil.gov.my |
CARA
- Klik Pautan Rasmi Semakan di atas.
- Anda akan di bawa ke Portal Rasmi.
- Tekan [LOG MASUK].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Klik [Semakan Status].
- Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
FAQ
Untuk makluman anda, buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima Bantuan Tunai Rakyat 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet tempoh hari. Namun, difahamkan bantuan ini diteruskan daripada kerajaan terdahulu, di mana berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Mini Bajet sebelum ini.
Disebabkan bantuan ini baharu sahaja diumumkan, status sama ada pemohon perlu membuat permohonan baru BTR 2023 ataupun tidak masih lagi tidak diberitahu. Sekiranya, pihak kerajaan umumkan pihak kami akan maklumkan di dalam Channel Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia di dalam artikel ini. Pastikan anda join untuk maklumat yang terkini.
Semakan Status boleh dilakukan secara online sahaja. Anda boleh semak di Portal Rasmi. Cara semakan boleh rujukan di sini.
Masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Jika terdapat perubahan pada Portal Rasmi BTR, kemungkini link tersebut adalah https://btr.hasil.gov.my.
ARTIKEL LAIN :
BTR : (PERMOHONAN / SEMAKAN / BAYARAN) BANTUAN TUNAI RAKYAT
Cek status kemaskini