BANTUAN TUNAI RAKYAT : BTR 2023 (FASA 4)
Berikut adalah berita gembira untuk rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telahpun mengumumkan bahawasanya pihak kerajaan akan memberi bantuan dalam bentuk tunai.
Perkara ini telah diumumkan semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan BTR untuk butiran bersama.
Bagaimanakah permohonan, semakan, tarikh bayaran Fasa 4, login portal Bantuan Tunai Rakyat, BTR 2023 dilakukan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BANTUAN TUNAI RAKYAT
APA ITU BANTUAN BTR
BTR adalah ringkasan untuk Bantuan Tunai Rakyat yang telah diperkenalkan oleh PM semasa perbentangan Mini Belanjawan Kerajaan Perpaduan 2023.
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan dalam bentuk tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ini kerana pihak kerajaan perpaduan telah mengambil kira beban yang sedang ditanggung rakyat saat ini dan juga untuk keperluan akibat bencana musim tengkujuh.
Untuk makluman anda, Bantuan BTR sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lebih awal pada Januari tahun 2023 nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
JUMLAH BAYARAN FASA 1 2023
Buat masa ini seperti yang diumumkan oleh PM, Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100. (Segala pindaan akan dikemaskini apabila rasmi diumumkan).
TARIKH BAYARAN
FASA 3 2023
Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 3 akan dikreditkan bermula pada 26 Jun 2023 secara berperingkat.
PERMOHONAN & PENDAFTARAN
DAFTAR BTR 2023 – Belum di umumkan.
PERMOHONAN
Untuk maklumat terkini, kerajaan belum lagi memaklumkan sebarang cara memohon Bantuan BTR ini. Hal ini kerana, bantuan ini baharu sahaja diumumkan oleh PM ke-10.
Namun begitu, jika dilihat kesemua permohonan bantuan kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu BKM, BPR & BSH, permohonan boleh dilakukan melalui atas talian (online) dan juga disediakan borang.
Untuk mendapatkan info awal berkenaan dengan permohonan BTR 2023 ini, anda boleh join Channel Rasmi Info Bantuan BTR di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia. Pihak kami akan kemaskini info terkini dan terbaru di dalam channel tersebut untuk hebahan anda semua.
Sebelum ini, permohonan Bantuan Keluarga Malaysia boleh di mohon di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/ dan sekiranya pihak kerajaan telah mengubah pautan tersebut kepada https://btr.hasil.gov.my, pihak kami akan maklumkan anda dengan kadar segera di dalam channel tersebut.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
CARA CHECK STATUS BTR 2023
Untuk semak bayaran bantuan BTR, anda boleh check di pautan ini : CARA SEMAKAN BTR. Sila join channel yang telah disediakan untuk dapatkan maklumat lebih pantas dan terkini.)
SOALAN LAZIM (FAQ) BTR
Bantuan Kerajaan Malaysia dalam bentuk tunai yang diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan kategori yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sama ada bantuan BTR ini sama seperti bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia ataupun ia bantuan tambahan dari kerajaan baru yang dibentuk.
Buat masa ini belum dimaklumkan sama ada perlu daftar atau memohon ataupun tidak. Boleh jadi data penerima Bantuan Tunai Rakyat 2023 diambil dari data bantuan kerajaan sebelum ini, BKM.
Perdana Menteri Malaysia telahpun umumkan bahawasanya pihak kerajaan bersetuju untuk memberi lebih awal bantuan BTR ini yang dijangka pada Januari 2023 untuk Fasa 1. Bayaran telah diawalkan dimana sebelum ini dijadualkan pembayaran untuk BKM pada Mac.
Semakan status kebiasaan boleh dibuat secara online. Jika bantuan sebelum ini untuk check status pembayaran, penerima boleh semak di portal rasmi myBKM. Untuk maklumat awal, anda boleh rujuk di sini kerana pihak kami akan kemaskini informasi terkini dan terbaru berkenaan dengan Bantuan Tunai Rakyat 2023.
JUMLAH BAYARAN
JUMLAH BAYARAN BTR / BKM 2023
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan.
- RM2,500 : Lebih 5 Anak
- RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
- RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
- Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
- RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
- Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
- Tambahan RM500
Sumber rujukan : Facebook Rasmi Jabatan Penerangan WPKL
INTIPATI MINI BAJET 2023 KERAJAAN PERPADUAN
Berikut adalah senarai intipati Mini Baget 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim :
- Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
- Bayaran Bantuan BTR 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini. Bantuan ini melibatkan RM300 untuk isi rumah dan RM100 untuk individu bujang.
- Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 ke 56 dan Bantuan Kewangan Khas RM700 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.
AGENDA UTAMA BAJET 2023
Baca juga :
How to apply BTR for a new user
BTR akan dibayar January 2023, mengapa pihak yang bertanggungjawab belum aktif untuk permohonan baru BTR. (KESULITAN AMATLAH DIKESALI)
Macam mana nak kemaskini BTR Cara Online?
Sebab takda Aplikasi..
Bagikan info untok Kami memudahkan semak & kemaskini maklumat.
Ikuti penjelasan di sini : https://kerajaanonline.com/cara-kemaskini-btr/
Macam mana semak BTR