CARA KEMASKINI BTR 2023 (ONLINE)
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan akan menyalurkan bantuan secara tunai kepada rakyat Malaysia pada 2023. Perkara ini diumumkan ketika beliau membentangkan Mini Bajet 2023.
Semasa pengumuman tersebut, beliau telah memberitahu di mana pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Tunai Rakyat (BTR).
Selain itu, pembayaran bantuan BTR ini akan dipercepatkan dan akan diawalkan, menurut PM.
Adakah perlu kemaskini BTR? Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan Tunai Rakyat 2023 online? Ikuti penerangan selanjutnya di sini.
BAGAIMANAKAH CARA KEMASKINI BTR 2023?
Disebabkan Bantuan Tunai Rakyat ini masih lagi belum diumumkan secara rasminya oleh pihak kerajaan Malaysia, maka terdapat sedikit kekeliruan oleh rakyat.
Menerusi Channel Youtube Hairwan AB, beliau telah bertanya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
Berdasarkan penjelasan daripada wakil LHDN yang ditanya oleh Youtuber Hairwan AB, pihak LHDN masih belum mendapat maklumat lagi untuk bantuan 2023. Perkara ini perlu ditunggu sehingga kerajaan membuat pengumuman secara rasminya.
Untuk mendapatkan info awal permohonan, kemaskini & semakan BTR 2023, sila join Channel Info Rasmi BTR 2023 di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia. Pihak kami akan memberi maklumat awal dan info segera apabila diumumkan secara rasminya.
Tentang pembayaran pun masih lagi belum diberitahu. Untuk tarikh sebenar pembayaran BTR masih lagi tidak diketahui.
Menurut wakil LHDN yang dihubungi, biasanya apabila kerajaan sudah umumkan seperti mana yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat penggal pertama Mini Bajet 2023, sesiapa sahaja yang menerima atau lulus Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, secara automatik akan menerima bayaran Fasa 1.
Walaubagaimanapun, peringkat urusan Bantuan LHDN sentiasa galakkan pemohon untuk buat kemaskini untuk mengelakkan sebarang keciciran data berlaku.
Hal ini kerana, jika kerajaan baharu ini menukar nama bantuan dan juga tukar portal rasmi dimana sebelum ini bkm.hasil.gov.my kepada btr.hasil.gov.my, kemungkinan besar terdapat beberapa maklumat yang diisi pada bantuan BKM sebelum ini tidak dibawa ke dalam portal rasmi BTR yang baru.
PENJELASAN WAKIL LHDN
Oleh itu, wakil LHDN sarankan kepada pemohon bantuan tunai ini untuk kemaskini setiap tahun walaupun tidak ada sebarang perubahan. Pastikan pemohon kemaskini maklumat walaupun tiada apa berubahan data.
Wakil LHDN yang dihubungi menjelaskan, apapun rakyat perlu tunggu terlebih dahulu pengumuman rasmi oleh pihak kerajaan untuk mengesahkan Bantuan Tunai Rakyat ini.
Beliau turut menyatakan buat masa ini pihak LHDN masih lagi tidak menyediakan borang ataupun portal rasmi online kerana belum mendapat sebarang maklumat daripada pihak kerajaan.
Jadi, rakyat perlulah menunggu terlebih dahulu pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pihak kerajaan baharu ini.
Video penuh temubual Youtuber Hairwan AB bersama Wakil LHDN boleh di lihat di bawah ini.
CARA KEMASKINI BTR
Anda boleh ikuti cara kemaskini STR online 2023 di sini :
PERKARA | PAUTAN |
Kemaskini STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Sila tekan pautan Kemaskini di atas.
- Tekan butang [Log Masuk STR].
- Anda akan berada di Laman Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Tekan [Semak].
- Tekan [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama.
- Untuk kemaskini, sila tekan [Kemaskini Permohonan].
- Pemohon boleh kemaskini Maklumat dan tambah Maklumat sekiranya terdapat perubahan & penambahan.
- Sila muat naik (upload) Dokumen Sokongan yang diminta.
- Jika sudah selesai kemaskini Maklumat dan Muat Naik Dokumen, sila buat Pengesahan Maklumat yang di isi lengkap dan betul dan Sahkan CapCTHA.
- Hantar [Kemaskini Permohonan] anda.
- Sila Cetak dan Simpan untuk tujuan Rujukan jika terdapat sebarang perubahan.
- Selesai.
BORANG
BORANG KEMASKINI STR
Pihak kami akan muat naik borang kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah apabila disediakan oleh pihal Hasil. Untuk mendapatkan notifikasi awal perubahan atau borang permohonan BTR, pastikan anda join Channel Info Rasmi BTR 2023 yang kami sediakan di atas di bahagian cara kemaskini str.
SEMAKAN STATUS STR
Untuk semak status pembayaran STR ikuti maklumat lanjut di bawah :
- Klik pautan Semakan Status STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan butang [Log Masuk STR].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Klik [Semakan Status].
- Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
SOALAN LAZIM CARA KEMASKINI BTR
Seperti bantuan BKM sebelum ini, kemaskini boleh dibuat melalui online di portal rasmi dan juga boleh dilakukan melalui borang. Borang boleh dimuat turun secara atas talian di dalam portal. Dapatkan borang atau rujuk cara kemaskini Bantuan Tunai Rakyat di sini.
Pihak LHDN menggalakkan pemohon kemaskini maklumat setiap tahun walaupun tiada perubahan atau penambahan maklumat. Supaya tidak berlaku sebarang keciciran data jika portal rasmi diubah ke nama lain atau laman sesawang lain.
Baca juga :
BTR HASIL : (SEMAKAN / PERMOHONAN / DAFTAR / BAYARAN) BANTUAN TUNAI RAKYAT