E FILING LHDN 2023 : (CARA DAFTAR/ISI/BUAT/LOGIN)
Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk membayar cukai dan dengan pengisytiharaan cukai kita di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman di bank.
Kepada anda semua yang belum mendaftar dengan LHDN samada yang baru bekerja atau peniaga yang baru memulakan perniagaan kami akan menjelaskan kepada anda cara mendaftar dengan LHDN untuk pertama kali.
BACA JUGA : DAFTAR TRADEMARK MYIPO MALAYSIA : CARA REGISTRATION ONLINE
APA ITU E FILING LHDN
- e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
- Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil.
E FILING LOGIN KALI PERTAMA
Sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke ‘MyTax’, seterusnya ke ‘Perkhidmatan ezHasil’ dan ‘eFiling’.
Bagi pembayar cukai login kali pertama, anda perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dulu dengan hadir di kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.
Caranya adalah seperti langkah-langkah di bawah:
1. Layari laman web ezHASiL dan pergi ke menu Maklum Balas Pelanggan atau tekan sahaja link ni https://ez.hasil.gov.my/CI/LoginKaliPertama.aspx
2. Tekan login kali pertama
3. Sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
[NOTA] :
Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :
- Melalui cawangan LHDN yang berdekatan.
- Permohonan secara dalam talian melalui pautan (Klik pautan ini)
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.
CARA DAFTAR E FILING LHDN
- Layari http://www.hasil.gov.my atau terus ke pautan e-Daftar.
- Pilih menu Daftar Pembayar Cukai Individu / Syarikat.
- Semak no. cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.
- Jika belum berdaftar, sila isikan maklumat pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, Mesej Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah akan dipaparkan.
- Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
- Sila catatkan atau cetak No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai
- No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai ini diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.
- Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan.
- Untuk semakan, klik pada pautan Info Daftar
- Kemudian boleh cetak maklumat pendaftaran ini.
- Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan atau melalui faksimili ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400; atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara on-line melalui e-Kemaskini.
CARA ISI E FILING LHDN
1. Layari laman web ezHASiL atau tekan sahaja link ni https://ez.hasil.gov.my/CI. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda tetapkan.
2. Pilih opsyen e-filing, kemudian e-borang.
3. Pilih tahun taksiran.
4. Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun.
5. Isi maklumat pendapatan anda
6. Isi pelepasan cukai. Untuk maklumat mengenai pelepasan cukai anda boleh rujuk di akhir artikel ini.
7. Semak rumusan. Melalui rumusan ini anda boleh tahu sekiranya terdapat lebihan cukai.
8. Sahkan borang taksiran anda.
9. Selsesai
CARA BUAT E FILING LHDN
1. Layari laman web ezHASiL atau tekan sahaja link ni https://ez.hasil.gov.my/CI. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda tetapkan.
2. Klik e Borang
3. Pilih e Borang mengikut sumber pendapatan anda. Kemudian pilih tahun taksiran.
4. Pada e Borang terdapat 4 bahagian yang perlu diisi dalam borang e-BE iaitu:
- Maklumat individu
- Jumlah pendapatan
- Pelepasan cukai
- Rumusan / Bayaran cukai
5. Bahagian 1 – Maklumat Individu
- Sekiranya anda berkahwin, masukkan maklumat berkaitan dan pilih jenis taksiran
- Anda juga perlu mengisi maklumat berkaitan pasangan anda
- Sila pastikan Nama Bank dan No. Akaun Bank yang dimasukkan adalah betul bagi tujuan balik terus ke akaun anda melalui Electronic Fund Transfer
- Isi jumlah penggajian pada tahun taksiran
6. Bahagian 2 – Jumlah pendapatan
- Masukkan pendapatan dengan merujuk EA/EC dan bundarkan ringgit terdekat. Isi ‘0’ sekiranya tiada pendapatan
- Isi amaun potongan cukai bulanan
7. Bahagian 3 – Pelepasan cukai
- Isi pelepasan cukai. Untuk maklumat mengenai pelepasan cukai anda boleh rujuk di akhir artikel ini.
- Setelah mengisi maklumat diri dan pendapatan, anda boleh menuntut pelepasan cukai yang berkenaan.
8. Bahagian 4 – Rumusan & Bayaran Cukai
- Semak rumusan. Melalui rumusan ini anda boleh tahu sekiranya terdapat lebihan cukai.
SENARAI PELEPASAN CUKAI
Berikut adalah senarai pelepasan cukai terkini tahun taksiran 2021 bagi e-filing 2022 yang boleh dituntut.
1. Pelepasan Individu
- Individu dan saudara tanggungan : RM9000
- Individu kurang upaya : RM6000
- Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
- Suami / ister / alimoni kepada bekas ister : RM4000
- Yuran pengajian diri sendiri : RM7000
2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan
- Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
- Peralatan alat sokongan khas : RM6000
- Gaya hidup : RM2500
- pembelian bahan bacaan
- pembelian komputer peribadi
- telefon pintar / internet
- pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
- Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
- Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
- Pembelian peralatan sukan
- Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
- Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
- Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
- Penginapan di premis yang berdaftar
- Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
- Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
- Pembayar cukai wanita sahaja
- Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
- Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
- Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)
3. Pelepasan Anak
- Anak bawah 18 tahun : RM2000
- Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
- Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
- Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000
- Anak kurang upaya : RM6000
- Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)
4. Caruman / Sumbangan
- Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
- Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
- KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
- PERKESO : RM250
- Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
- Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
- SSPN (tabungan bersih) : RM8000
TARIKH E FILING LHDN 2022
- Boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022
TARIKH TAMAT E FILING LHDN 2022
- Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2021 adalah 30 April 2022.Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
- BN selain Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
- Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
- Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967
- BN selain Borang E dan Borang P
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk melalui pautan https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf