MATRIKULASI PERMOHONAN 2023 : CARA PENDAFTARAN ONLINE & KELAYAKAN
Untuk makluman para pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sesi 2023/2024 telah pun dibuka bagi pendaftaran.
Bagaimanakah cara permohonan/pendaftaran Matrikulasi melalui online? Apakah kelayakan yang diperlukan? Rujuk di sini.
Baca juga : CARA CHECK STATUS STR SECARA ONLINE
TARIKH MATRIKULASI PERMOHONAN 2023
Pendaftaran baharu Fasa 2 dan kemaskini akan dibuka seperti jadual di bawah. Permohonan adalah percuma melalui online.
PERKARA | TARIKH |
Tarikh Permohonan/Pendaftaran Matrikulasi 2023/2024 | Bermula pada 8 Jun 2023 hingga 12 Jun 2023 |
KELAYAKAN MATRIKULASI
Berikut merupakan beberapa kelayakan Matrikulasi yang diperlukan :
SYARAT AM
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
- Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.
JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL
Siapa yang layak memohon?
Semua pelajar lepasan SPM dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.
Sambung belajar di mana dan bidang apa?
UiTM- Program Perakaunan Profesional.
Apa yang anda akan belajar?
- Mathemathics
- Financial Accounting
- Management Accounting
- Business & Technology
Kolej manakah Jurusan Perakaunan Profesional ditawarkan?
Kolej Matrikulasi Selangor.
SYARAT MINIMUM
MATA PELAJARAN | GRED |
Bahasa Melayu | C |
Bahasa Inggeris | A- |
Matematik | A |
Matematik Tambahan | C |
Sejarah | LULUS |
Dan sekurang-kurangnya Gred A bagi mana-mana 3 Mata Pelajaran berikut :
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan /
- Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
- Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
- Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/
- Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/
- Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Ujian aptitud dan temuduga yang dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi.
JURUSAN KEJURUTERAAN
Siapa yang layak memohon?
Semua pelajar lepasan SPM aliran Sains dan Teknikal dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain. Digalakkan memohon ke Jurusan Kejuruteraan Program Matrikulasi KPM. Pelajar Sekolah Menengah Teknik amat dialu-alukan untuk permohonan.
Sambung belajar bidang apa?
Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik/ Kejuruteraan Petroleum dan Gas/ Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan/ Seni Bina.
Sambung belajar dimana?
- Universiti Awam (UA) – Malaysia.
- Universiti Luar Negara (United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Korea)
- Universiti Swasta – Malaysia.
Kolej manakah Jurusan Kejuruteraan ditawarkan?
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
4 ALIRAN JURUSAN KEJURUTERAAN
- Asas Kejuruteraan
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Apa yang anda akan belajar?
ASAS KEJURUTERAAN
- Mathematics
- Chemistry
- Physics
- Basic Engineering
AWAM
- Mathematics
- Chemistry
- Physics
- Civil Engineering
KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
- Mathematics
- Chemistry
- Physics
- Electrical & Electronic Engineering
MEKANIKAL
- Mathematics
- Chemistry
- Physics
- Mechanical Engineering
SYARAT MINIMUM
MATA PELAJARAN | GRED |
Bahasa Melayu | C |
Bahasa Inggeris | C |
Matematik | B |
Matematik Tambahan | C |
Fizik | C |
Kimia | LULUS |
Sejarah | LULUS |
Dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mana-mana 3 Mata Pelajaran berikut :
- Biologi/ Kimia/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
- Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/
- Grafik Komunikasi Teknikal/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/
- Pendidikan Syari’ah Islam/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/
- Prinsip Perakauan/ Ekonomi/ Perniagaaan/
- Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
JURUSAN PERAKAUNAN
Siapa layak memohon?
Semua pelajar lepasan SPM dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.
Sambung belajar bidang apa?
Perakaunan, Undang-undang, Pendidikan, Keusahawanan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan dan Perbankan, Ekonomi dan Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Risiko dan Insurans dan Komunikasi Massa.
Sambung belajar dimana?
- Universiti Awam (UA) – Malaysia.
- Universiti Luar Negara (United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Korea)
- Universiti Swasta – Malaysia.
Apa yang anda akan belajar?
- Mathematics
- Accounting
- Ekonomi
- Pengurusan Perniagaan
Kolej manakah Jurusan Perakaunan ditawarkan?
- Kolej Matrikulasi Perlis
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Perak
- Kolej Matrikulasi Selangor
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Matrikulasi Johor
- Kolej Matrikulasi Pahang
- Kolej Matrikulasi Kelantan
- Kolej Matrikulasi Labuan
- Kolej Matrikulasi Kuala Nerang
- Kolej Matrikulasi Kedah
SYARAT MINIMUM
MATA PELAJARAN | GRED |
Bahasa Melayu | C |
Bahasa Inggeris | C |
Matematik | C |
Sejarah | LULUS |
Dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mana-mana 3 Mata Pelajaran berikut :
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
- Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/
- Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/
- Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Tassawur Islam/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/
- Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
JURUSAN SAINS
Siapa layak memohon?
Semua pelajar lepasan SPM aliran Sains dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.
Sambung belajar bidang apa?
Perubatan, Pergigian, Optometri, Farmasi, Sains, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Siber Sekuriti, Bioteknologi, R&D, Artificial Intelligence (AI).
Sambung belajar di mana?
- Universiti Awam (UA) – Malaysia.
- Universiti Luar Negara (United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Korea)
- Universiti Swasta – Malaysia.
Kolej manakah Jurusan Sains ditawarkan?
- Kolej Matrikulasi Perlis
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Perak
- Kolej Matrikulasi Selangor
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Matrikulasi Johor
- Kolej Matrikulasi Pahang
- Kolej Matrikulasi Kelantan
- Kolej Matrikulasi Labuan
- Kolej MARA Kulim, Kedah
- Kolej Matrikulasi Kedah
- Kolej Matrikulasi Sarawak
3 ALIRAN JURUSAN SAINS
- Sains Hayat
- Sains Fizikal
- Sains Komputer
SYARAT MINIMUM
SISTEM 2 SEMESTER
MATA PELAJARAN | GRED |
Bahasa Melayu | C |
Bahasa Inggeris | C |
Matematik | B |
Matematik Tambahan | C |
Fizik/ Biologi | C |
Kimia | C |
Sejarah | LULUS |
SISTEM 4 SEMESTER
MATA PELAJARAN | GRED |
Bahasa Melayu | C |
Bahasa Inggeris | C |
Matematik | C |
Matematik Tambahan | LULUS |
Fizik/ Biologi/ Sains Komputer | LULUS |
Kimia | LULUS |
Sejarah | LULUS |
Sumber rujukan syarat kelayakan Matrikulasi KPM di sini : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi/maklumat-program-dan-syarat-kemasukan
MATRIKULASI PERMOHONAN
MATRIKULASI PERMOHONAN 2023. CARA MEMOHONAN ATAU PENDAFTARAN MELALUI ONLINE.
- Klik Pautan Rasmi Matrikulasi Permohonan Di Sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm.
- Calon Di Bawa Ke Halaman Utama Sistem Permohonan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Klik Menu [Permohonan].
- Tekan Butang [Daftar Kali Pertama].
Sekiranya calon masih belum mendaftar pengguna pertama kali.
- Isi Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM.
- Tekan Butang [Cari].
- Isi Maklumat Diri.
- Tekan Butang [Daftar].
- Login Masuk Semula Guna Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
- Isi Maklumat dan Tekan Butang [Halaman Seterusnya].
- Halaman Akhir, Tekan Butang [Hantar Permohonan].
- Sila Cetak Borang Permohonan Tersebut.
- Masukkan Angka Giliran SPM.
- Tekan Butang [Cari].
- Masukkan Maklumat Tertera.
- Pilih Jurusan Dikehendaki.
- Hantar Permohonan.
- Selesai.
TARIKH SEMAKAN MATRIKULASI PERMOHONAN
Calon yang membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2023/2024 boleh mula membuat semakan pada :
PERKARA | TARIKH |
Tarikh Semakan Permohonan Matrikulasi | Belum Diumumkan |
SEMAKAN STATUS MATRIKULASI PERMOHONAN
Check Status Permohonan Matrikulasi boleh dibuat di sini :
PERKARA | PAUTAN |
Link atau Pautan Semakan Status Permohonan Matrikulasi KPM | https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_jpproapp.cfm |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau persoalan, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah :
E-mel : mohon.matrik@moe.gov.my
Nombor Hotline Bantuan : 03-8884 4083/4035
Telegram Rasmi : https://t.me/JomMasukMatriks