SEKOLAH KHUSUS MAKSUD : 2023 PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 1

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEKOLAH KHUSUS MAKSUD : 2023 PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 1

Berikutan daripada pengumumam yang telah di buat oleh YB Menteri Kanan Pendidikan iaitu pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tanggal 15 April 2020. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu kaedah baru untuk pemilihan pelajar bagi kemasukan ke Sekolah Khusus.

Kebanyakan ibu bapa atau pelajar masih lagi belum mengetahui secara jelas apa itu sekolah khusus di sebabkan perubahan akibat daripada penangguhan UPSR dan PT3. Di bawah ini pihak kami akan jelaskan kepada ibu bapa dan juga pelajar apa yang dimaksudkan dengan sekolah khusus.

Baca juga : CARA REGISTER MYKASIH BANTUAN EKASIH

MAKSUD SEKOLAH KHUSUS

Kepada ibu bapa pelajar yang mempunyai anak pada tahun ini Darjah 6 dan juga Tingkatan 3 yang telah ditangguhkan ujian UPSR dan juga PT3 akibat daripada pandemik Covid19, senarai Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah seperti berikut :

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Sebagai pengetahuan anda, APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

Untuk pengetahuan anda, pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 1 dikehendaki menjalani ujian PKSK. Pihak kami akan kongsikan kepada anda pa yang dimaksudkan dengan PKSK.

MAKSUD PKSK

PKSK adalah bermaksud satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Manakala, single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Di bawah ini adalah PKSK format untuk pengetahuan umum kepada ibu bapa dan juga pelajar.

FORMAT UJIAN PKSK

Format ujian PKSK atau format soalan PKSK terdapat 3 komponen iaitu :

  1. Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
  2. Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
  3. Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Untuk pengetahuan ibu bapa dan pelajar, calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Baca juga : CARA DAPATKAN BALIK SURAT BERANAK HILANG

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 1

Berikut adalah permohonan sekolah khusus Tingkatan 4 atau kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan 1. Di bawah ini adalah permohonan online sekolah khusus :

Pemohon perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKid dan Nombor Kad Pengenalan Penjaga Utama yang berdaftar di dalam APDM untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat pelajar yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

TARIKH MEMOHON UJIAN PKSK 2023

Untuk pengetahuan anda, tarikh memohon ujian PKSK 2023 bermula pada 1 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023.

Maksud Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Maksud PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2023 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Apakah format ujian PKSK untuk kemasukan ke Sekolah Khusus?

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%.
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%.
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ada sebarang pertanyaan ataupun ingin mengetahui maklumat yang lebih jelas, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah :

Kementerian Pendidikan Malaysia

Laman Web Rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/

Facebook : https://www.facebook.com/KemPendidikan/
Twitter : https://twitter.com/KemPendidikan/
Instagram : https://www.instagram.com/kempendidikan
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCvsVpvGlxtYlOc7Se4CPRIQ

Leave a Comment