SURAT BERANAK HILANG ONLINE : CARA MENDAPATKAN KEMBALI SIJIL LAHIR BARU
Merupakan bukti kelahiran yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Surat beranak jugak dikenali sebagai Sijil Lahir yang merupakan dokumen penting kepada anak-anak untuk sebarang urusan terutama urusan pengajian dan urusan kerajaan.
Banyak juga yang telah berlaku di kalangan kita yang telah kehilangan surat beranak yang di buat sebelum ini. Ada juga yang telah rosak akibat disimpan di tempat yang tidak sesuai. Jadi jangan risau pihak kami akan berkongsi cara mendapatkan kembali Sijil Lahir baru untuk anak kesayangan anda.
Berikut kami kongsikan cara untuk mendapatkan cabutan surat beranak yang hilang atau rosak :
Baca juga : CARA MEMOHON BANTUAN SARAWAKKU SAYANG PENIAGA RM10,000 ONE OFF
CARA MEMOHON CABUTAN SIJIL LAHIR
Cara memohon untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang telah ditetapkan. Cabutan Sijil Kelahiran boleh dibuat permohonan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN CABUTAN SIJIL LAHIR
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk anda membuat cabutan Sijil Lahir :
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport
- Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran
- Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran
- Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran
- Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran
- Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
- Agensi kerajaan
- Badan Berkanun
- Firma Guaman
Sekiranya anda ingin mendapatkan kembali Surat Beranak secara online anda boleh ikuti panduannya seperti di bawah.
SURAT BERANAK HILANG ONLINE
Di bawah adalah cara memohon cabutan atau salinan surat beranak online tetapi jika anda belum lagi mendaftar sebagai pengguna sila buat pendaftaran pengguna dahulu seperti panduan di bawah ini.
CARA DAFTAR PENGGUNA PERMOHONAN SURAT BERANAK ONLINE
- Masuk ke portal : Di Sini
- Sekiranya jika anda menggunakan Google Chrome anda dikehendaki klik pada ikon pop ups pada sebelah kanan kotak carian pelayar dan tick pada “Always allow pop-ups and redirects from https://oslhr.jpn.gov.my” dan tekan butang “Done”. Dan refresh untuk meneruskan permohonan.
- Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
- Klik Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar kali pertama. Klik butang Log Masuk untuk pengguna yang sudah mendaftar.
- Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
- Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran seperti berikut pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di Kad Pengenalan dan alamat Emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
- Pengguna akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my.
- Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
- Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
- Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.
Jika anda sudah mendaftar sebagai pengguna sila ke bawah untuk proses permohonan salinan Surat Beranak.
CARA MEMOHON SURAT BERANAK HILANG ONLINE
CARA MEMOHON SURAT BERANAK HILANG ONLINE
- Pengguna hendaklah membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.
- Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan.
- Pengguna perlu memilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris.
- Waris terdiri daripada Ibu Bapa, Adik Beradik atau Pasangan.
- Jika pengguna memilih kategori sebagai “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan tersebut.
- Manakala jika pengguna memilih kategori permohonan sebagai “Waris”, borang permohonan seperti berikut akan dipaparkan.
- Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
- Pengguna boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
- Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.
- Sila klik butang “OK” untuk kembali ke halaman Terma & Syarat untuk log keluar.
SOALAN LAZIM
Sila pergi ke JPN berdekatan atau anda boleh buat sendiri melalui online menerusi artikel ini.
Ya boleh tiada masalah. Dalam artikel ini ada diberitahu cara-caranya.
Jika ibu atau bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di dalam Semenanjung Malaysia, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran di dalam Semenanjung Malaysia.
SAYA KEHILANGAN SIJIL LAHIR ANAK SAYA,SURAT CERAI SAYA MACAM MANA SAYA HARUS BUAT,TAPI SAYA ADA MYKID BOLEH SAYA CEK DEKAT JPN..??
pergi jpn dan isi borang LM12
Salam cik boleh saya tahu aurat beranak Abdullah bin Arsad suda suda di kemaskini ka
Saya ada sijil lahir tetapi bagaimana mahu urus my kad ni no sijil lahir saya 173/95 tolong saya …
Sama lah kita😢
salam, saya hilang surst beranak saya. kalau saya buat permohonan online ni dan terus ke jpn and tunjuk slip permohonan ni, surat beranak baru tu akan dapat terus atau lambat lagi ye?
Ya paKai sijil lahir saMpai sekarang . MaCaM MaNa Tu . akan akan boleh jaDi ic TaK . sbb saya status DaH kaWin anaK 3 . keSian anaK anaK DaH mula tumbuh beSaR TaPi TiaDa keterangan . ToLonG orang susa
salam saya pakai surat lahir .. macm mana mau urus untuk boleh dapat ic atau pasport… saya suda khawin dan ada 2 anak.. dan sekarang suda besar dan mau masuk skolah… tapi tiada keterangan… boleh ka saya bikin kan di orng surat lahir di jpn .. kalau saya sebagai ibu hnya pegang surat lahir jak…tolong jawap orang susah
Assalamualaikum,sijil lahir sya hilang..saya nak tau berapa lama prosesnya utk dapatkan sijil lahir baru.
Saya mempunyai sijil lahir photostat dlm simpanan brp lama utk dpt kan sijil lahir original yg sudah hilang djpn dan bole ke dtg terus d jpn berdekatan tanpa membuat temu janji
Brp lama utk dpt kan semula sijil lahir yg sudah hilang
Assalamualaikum Saya pakai sijil lahir boleh ka aq tukar ic atau pasport Sya sda kwin 4 org anak
Saya punya surat hospital, saya cari sijil kelahiran saya tolong lah saya
Nama:AL HADA binti BAKAR
Tarik lahir: 01-may-1985
Tempat lahir di hospital labuan
Saya memohon saya nak rujuk Surat lahir saya yg hilang