SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2023 : CARA PERMOHONAN ONLINE
Terkini, pihak kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar telah mengumumkan pemberian bantuan tambahan kepada rakyat Malaysia. Bantuan tambahan ini bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat yang sedang mengalami krisis kewangan.
Kategori yang layak menerima bantuan ini adalah dalam kategori miskin tegar berdasarkan daripada pangkalan data e kasih.
Bagaimanakah semakan bantuan ekasih 2023? Adakah perlu buat permohonan online? Info lanjut rujuk di sini.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2023.
- Klik Link Rasmi Semakan eKasih di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Anda akan dibawa ke laman Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah My Kasih.
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan.
- Seterusnya, isi Captcha yang betul berdasarkan imej.
- Tekan [Semak Status].
- Jika anda layak menerima bantuan ini, status akan dipaparkan.
- Selesai.
APA ITU BANTUAN EKASIH
Untuk makluman anda, e kasih adalah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
Terbaru, MyKasih telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan pemberian bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah jumlah tambahan bantuan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di dalam kategori miskin tegar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH
Bantuan tambahan STR ini dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar melalui pangkalan data e-Kasih. Syarat kelayakan boleh rujuk di sini :
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH 2023
Penerima yang layak akan menerima dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 2023
Berikut adalah jadual bayaran STR 600 pada tahun 2023 :
PERKARA | TARIKH |
Jadual bayaran Bantuan Sara RM600 eKasih | (Julai 2023) : RM100 (Ogos 2023) : RM100 (September 2023) : RM100 (Oktober 2023) : RM100 (November 2023) : RM100 (Disember 2023) : RM100 |
CARA PERMOHONAN BANTUAN EKASIH
Kepada anda yang berkelayakan tetapi masih lagi belum membuat pendaftaran dalam pangkalan data e Kasih, anda boleh ikuti panduan yang disediakan di pautan ini : CARA DAFTAR E KASIH