BANTUAN RIDER SELANGOR : PERMOHONAN (2023)
Terkini, makluman kepada remaja yang tinggal atau bermastautin di Selangor yang tidak ada lesen motosikal, anda boleh memohon program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) untuk dapatkan subsidi.
Apakah Bantuan Rider Selangor? Bagaimanakah cara permohonan? Maklumat lanjut di sini.
Baca juga : DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA
APAKAH BANTUAN RIDER SELANGOR
Ia merupakan Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) dilancarkan sejak tahun 2020 kini diteruskan lagi khusus kepada anak muda di Selangor. Inisiatif RiDE ini diperkenalkan bagi meringankan beban dan menggalakkan golongan belia yang terlibat secara sepenuh masa dengan industri penghantar makanan/barangan bermotor (P-Hailing) yang sah.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RIDER SELANGOR
Di bawah ini ialah syarat untuk permohonan program RiDE Selangor:
- Pemohon adalah anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 40 tahun sahaja.
- Mempunyai lesen memandu B2 yang sah.
- Bekerja sepenuh masa sebagai Rider p-Hailing yang sah.
- Belum pernah menerima inisiatif RiDE pada tahun-tahun sebelumnya.
JUMLAH BANTUAN RIDER SELANGOR
Berikut adalah jumlah bantuan program RiDE yang akan diberikan kepada pemohon yang layak iaitu sebangak RM500 dalam bentuk tunai dan caruman KWSP sebanyak RM50.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Sila sediakan dokumen sokongan yang dinyatakan di bawah semasa memohon bantuan RiDE Selangor:
- Tangkapan skrin atau cetakan daftar pemilih.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
- Salinan Lesen Memandu B2.
- Salinan Bil Utiliti (Bil AIr/Elektrik).
- Salinan ID Rider e-Hailing.
- Salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pemohon.
PERMOHONAN BANTUAN RIDER SELANGOR
Anda boleh lakukan permohonan Bantuan RiDE Selangor ini secara online sahaja. Ikuti panduan cara memohon bantuan ini di bawah.
CARA PERMOHONAN
PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN BANTUAN RIDER SELANGOR.
- Klik Link Rasmi Permohonan RiDE Selangor di sini : https://ride.msnselangor.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Borang Permohonan RiDE 2023.
- Tekan [Borang Pendaftaran].
- Isi Maklumat Peribadi Pemohon dan Maklumat Lain dengan lengkap dan sahih.
- Sila Muat Naik Dokumen Sokongan yang diminta.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan Bantuan RiDE Selangor telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS
Pemohon akan mengetahui status semakan apabila selesai proses permohonan di lakukan seperti di bawah:
- Borang permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak urusetia dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Setiap permohonan yang dihantar melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Selepas proses permohonan diluluskan, pihak Urusetia akan menghubungi pemohon bagi memaklumkan status permohonan.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini :
Urus Setia RiDE,
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Emel: urusetiaride@msnselangor.gov.my.
Nombor Hotline : 03-55109063/03-55196380.