DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA 2023 : PERMOHONAN
Terkini, Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Apakah program lesen memandu percuma? Bagaimanakah daftar, permohonan bantuan mylesen B2 2023? Maklumat lanjut boleh lihat di sini.
APA ITU MYLESEN B2
MyLesen B2 adalah bantuan lesen memandu free yang di berikan kepada golongan B40 untuk meringankan bebanan serta membuka peluang punca pendapatan kepada golongan ini.
DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA
PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2023
Untuk pendaftaran dan permohonan, sila rujuk pihak JPJ Negeri masing-masing kerana tarikh pendaftaran setiap negeri adalah berbeza.
Di bawah ini merupakan beberapa makluman terkini berkenaan program ini di beberapa negeri yang telah dihebahkan di media sosial.
BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA PERAK
Untuk pengetahuan anda, bilangan peserta adalah TERHAD!
Pendaftaran Program MYLesen B2 bagi tahun 2023 telah dibuka. Tuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri Perak dan JPJ yang berhampiran bersama dokumen untuk pendaftaran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik.
Untuk muat turun borang, sila klik pautan dia bawah ini :
https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing
Scan QR Code untuk muat turun borang. Dan kembalikan borang sebelum jam 5 petang 21 Julai 2023.
Calon yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran dan Surat Akujanji serta akan terus mendaftar ke Institut Memandu untuk memulakan kursus/latihan/ujian.
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.
LESEN MEMANDU PERCUMA PAHANG
Tarikh permohonan bagi program ini di peringkat negeri Pahang adalah seperti berikut:
- Penyertaan dibuka : 10 Julai 2023
- Penyertaan ditutup : 21 Julai 2023
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA MYLESEN B2
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ serta PDRM
- Penerima bantuan @ bawah tanggungan:
- Kumpulan B40
- eKasih
- JKM
- Zakat
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pertanyaan lanjut, sila hubungi :
- Telefon : 09-573 6622
- Media sosial : Facebook JPJ Negeri Pahang / Tiktok @JPJPahang
PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA MELAKA
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Umur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan & mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
- Tanggungan kepada penerima layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :
- 06-251 4049 / 06 – 251 4050
- 9.00 pagi hingga 4.00 petang
- Bahagian Pelesenan Melaka
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.
JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.
LIKE • SHARE • FOLLOW • SUBSCRIBE media sosial rasmi JPJ untuk info terkini.
Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia
Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia
Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj
Telegram: JPJ_Malaysia
https://t.me/JPJ_Malaysia
Facebook Page: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka
https://m.facebook.com/JPJMLK/
Baca juga : PERMOHONAN, PENDAFTARAN DAN SEMAKAN BANTUAN SARA SUMBANGAN ASAS RAHMAH